Privacy PolicyCommunity GuidelinesSitemap HTML
Download our free app
Excited to become a mum
38w5d Belum ada tanda lagi
Harini dah 38w, tapi still belum ada tanda tanda baby nak keluar 🫠 dia seronok agaknya dalam perut ni. Due 27/4, harini still aktif berjalan sana sini siap pergi service kereta 😂 dah macam macam exercise buat ni. Sambil masak pun exercise lagi. Tolong doakan saya cepat bersalin sebelum raya secara normal ya semua. Mana tahu ada doa yang termakbul. Terima kasih
MGTT KLINIK SWASTA
Last month requested dekat nurse nak buat mgtt kat klinik luar. Saya buat kat klinik Anda isnin haritu kena rm85. Alhamdulillah nasib baik lepas. Padahal weekend dah road trip pergi penang makan minum macam macam. Risau juga bila fikir sebab khamis nak checkup kat kk tapi nasib baik tak sangkut. Start puasa pukul 8pm, pukul 9am ambil darah pertama, next darah kedua pukul 11am. Balik tu dah menggigil lapar 😂
Bleeding 6W
Pagi tadi ada bleeding, tak banyak sangat. Tapi hati ni risau la juga sebab ni 2nd pregnancy lepas miscarriage bulan 5 haritu. Time tu pun bleeding juga. Tapi alhamdulillah scan semua okay, foetus dah nampak. Heartbeat pun ada sikit tadi. Mula mula scan Dr tak dapat cari kantung, tapi Dr continue juga cari and alhamdulillah nampak. Lega sikit rasa hati ni. Doakan pregnancy saya kalini sihat sampai bersalin ya semua. Semoga doa tu pun berbalik dekat mommy to be semua aamin.