Privacy PolicyCommunity GuidelinesSitemap HTML
Download our free app
Hoping for a child
TAK NAK MINUM SUSU
Anak saya baru masuk 7 bulan (6/10). Tapi dah hampir 3 hari dia tolak untuk minum susu. Kalau mnum pun dalam 1-2 oz je. Tak seperti sblm ni 5-6 oz. Dan gap tak minum susu sehingga 5 jam lebih. Anak saya makan nestum + susu dengan sukatan 8+2. Sekali sehari. Adakh anak sy terlalu kenyang sehingga tak nak minum susu? Saya risau anak dehydrate. Tolong bagi cadangan. Terima kasih
Suara baby jadi garau / berKahak
Asssalamualaikum. Mcm mna nak hilangkan kahak baby sebulan ya
JAHITAN BERNANAH
Assalamualaikum hye mommies. Saya baru melahirkan baby sulung pd 6/3 haritu secara normal. Seminggu pertama, luka saya alhamdulillah okay. Masuk minggu ke-2, keluar cairan berwarna kuning dari luka di dalam kemaluan saya. Saya pergi ke klinik swasta untuk cek, Dr maklum itu adalah nanah. Dr beri sy makan ubat amtibiotik tapi nanah masih keluar (tak sebanyak sebelum ni). Jadi saya nak tanya kepda mommies2 yg ada pengalaman mcm saya. Macam mana nak handle ya? Saya risau berlaku infection lg teruk lepas ni. Tplong bantu saya jika ada nurse @ Doktor yg membaca coretan saya ni. Terima kasih 🥺
Darah ketika bersetubuhan
Assalamualaikum. Saya nak tanya. Saya cukup 28 minggu dah. Bila saya membuat hubungan kelamin dengan suami malam tadi, tiba2 keluar darah. Saya jadi risau sebab takut ada masalah pada baby. Pagi tadi saya tengok ada sedikit darah bercampur dengan keputihan saya. Adakah normal untuk ibu mengandung pada usia 28 minggu alami pendarahan jika melakukan hubungan kelamin bersama suami? Perlu ke saya ke klinik untuk checkup? Trima kasih
PERGERAKAN BABY 22 MINGGU
Harini baby dah 22 minggu 1 hari. Tapi dah 2 hari baby x actif. Sblm tu dia aktif sgt. Apa patut saya buat ya? Sy jadi rsau dan takut
KEPUTUSAN SELEPAS 2 MINGGU
Alhamdulillah, harini saya scan untuk membuat confirmation sama ada saya perlu buat DnC @ tak perlu. Syukur kepda Allah dengan berita gembira ni. Kandungan saya menjadi. Alhamdulillah. Dan kandungan saya dah 8 minggu. Kalau ikutkan Dr sblm ni dia kata kandungan saya bermasalah dan saya diminta untuk buat DnC. Nasib baik saya ikut naluri saya untuk meneruskan kandungan ni selama 2 minggu. Jadi saya telah ke klinik yang lain untuk scan. Dan saya melihat janin saya dengan heartbeat. Hanya kepada Allah saya meminta pertolongan. Terima kasih ibu2 dalam ni always support saya. 🙏🏼🙏🏼
Puasa ramadhan
Saya mengandung bulan puasa, sekarang kandungan 4 minggu. Haruskah saya tidak berpuasa? Ada kawan beritahu bahaya jika berpuasa kerana ini merupakan anak 1st. Mnta pendapat yang arif. Tq