Privacy PolicyCommunity GuidelinesSitemap HTML
Download our free app
Preggers
perut memulas
Hai sy nak tanya. Sy pregnant dah masuk 36weeks. Minggu lepas perut sy asyik memulas dan saya bleh buang air besar. Tpi minggu ni datang lagi n sy bleh buang air sekali je. Bila datang je memulas lagi, sy g toilet n tak buang pon air besar tu. Selalunya kerap memulas waktu malam. Sampai sakit pinggang sy. Baby pon kalau malam asyik mngeras je. Normal ke macam ni utk yg pregnant 36w? Atau ni tanda2 awal?
set berpantang
Assalamualaikum. Nak tnya, set berpantang apa yg okay?? Nona roguy ke tanamera??
Daftar bersalin
Hai. Saya nak tanya, sy preg dh 7 bulan. Saya kena daftar dekat hospital dlu ke sebelom bersalin. Ke time dh nak bersalin nanti terus pegi hospital mana mana je? Ke macam mana? Sorry mommy, ni anak first. Sy tak tahu procedure.
air gas
Bahaya tak kalau minum air gas preg 28w? Sy skrg rasa nak mnum something sgt2. Rasa haus sangat2. Dah macam2 air sy minum tpi till rasa tak hilang. Last2 sy mnum air gas bru rasa hilang dahaga tu. Tapi harini tekak sy rasa nak mnum air gas lagi?? sblom ni sy jarang sgt mnum air gas. Kali ni, rasa macam nak nangis klau tak dapat nak mnum air gas? ?? ad cdgn tak sy bleh mnum air yg lbih brkhasiat utk hilangkan rasa dkt tekak ni ??
22weeks
Nak tnya, kalau ikutkan 22weeks tu brape bulan pregnant ye? Sy search ckp dh masuk 6 bulan. Tapi org cakap sy baru je masuk 5 bulan.
scan baby
Sy nak tanya. Boleh ke scan baby kerap kali? Nanti mggu ke 21 sy buat details scan dekat private. Tapi mggu yg ke 22 tu sy kena scan dkt kk plak(skdar utk tgok growth baby). Last sy scan masa sy week 14. Ada tak mummy yg pernah jadi mcm ni?
details scan
Hai, nak tnya dkt area sg buloh or kota damansara klinik mana hrga n pakej yg okay utk buat details scan?
air jernih
Mommies, tumpang tanya. Saya baru pregnant 4 bulan. Tapi bila sy tekan area puting sy kluar cecair jernih and takde rasa sakit apa apa pon dkt kwsan tu. Nampak mcm bukan warna susu. Agak2 tu apa ya mummy? Sbb sy first time pregnant.
vaksin influenza
Sy nak tanya, kalau inject vaksin tu bahaya ke utk baby? Sy kerja dgn budak2 taska, so sy rasa sy kena ambik vaksin influenza tu tapi mil sy tak kasi. Katanya minum air masak je. Sy risau tpi tu la sy buat kan org cakap tak hormat mil plak. Kalau mommies, apa yg mommies buat?? Inject ke tak?
takde alahan
Mommies, ad orang bgtau kalau ada alahan maksudnya baby sihat. Sy dah 10w tapi masih takde alahan. ? risau la pulak saya. Baby saya tak sihat ke maksudnya?? Nak kena alahan ke baru baby sihat?