Privacy PolicyCommunity GuidelinesSitemap HTML
Download our free app
Mama Iris
Anak kerap terkejut
Anak saya 3bulan 3hari, perempuan. Masalah dia sejak baby ialah dia kerap terkejut. Telinga lintah mak saya cakap. Kalau bedung tu ok lah sikit, tapi kadang tu terkejut jugak. Kalau siang panas jarang bedung, nak tutup pintu pun risau dia terjaga (mostly dia akan bergerak² sebab memang akan terkejut). Waktu dia sedar, pegang berdiri atas riba saya pun boleh terkejut kalau dengar bunyi kuat. Contohnya bunyi kerusi ditarik. bergegar badan dia terkejut. Lawak tu lawak, tapi kesian pun ada sebab selalu sangat. Normal ke baby macam tu? Ada tips tak nak bagi dia tak kerap terkejut camtu?
GBS +ve
Assalamualaikum saya nak tanya, pengalaman ibu yang positif GBS, lepas bersalin anak kena tahan di hospital berapa hari ye?
Tips drive jarak jauh untuk ibu hamil
Assalamualaikum.. Boleh sy mintak tips daripada ibu² yang ada pengalaman drive sendirian untuk jarak jauh? Contohnya dari Kedah ke KL. Sy pjj dgn husband, ada mak saya akan temankan sy nanti, tp mak tak reti drive. Usia kandungan dalam 21minggu waktu tu nanti. #1stpregnancy
Tiroid bahaya tak?
Ada tak ibu² sini yg pernah buat blood test utk kesan if ada tiroid? Sbb berat sy turun banyak sgt, 10.5kg dlm masa 6 minggu, sebelum raya haji haritu dah buat blood test. result keluar 21/08 ni. risau pulak kalau positive. sekarang ni kandungan baru 13weeks.