Sekarang saya 33 minggu 6 Hari baby saya 2.4kg normal ke?? Doktor cakap baby saya besar😞... Dah saya ada gdm..ni anak ke Dua saya..anak pertama 2.7kg 38 minggu 3hari saya melahirkan..takde masalah ketika melahirkan anak pertama... Adakah saya perlu diet lagi??#pleasehelp #seriusnanya #ingintahu
Read more

"CARA URUTAN PERINEUM UNTUK MEMUDAH PROSES BERSALIN" . Urutan yang dilakukan di bahagian perineum amat digalakkan ketika hamil. Hal ini kerana ia sedikit sebanyak dapat membantu para ibu memudahkan proses kelahiran yang bakal dilalui kelak. . Para ibu dinasihatkan untuk memulakan urutan perineum di antara bahagian lubang dubur dan lubang faraj bermula daripada minggu ke 34 kehamilan sehingga tiba saat mahu melahirkan. Kajian menunjukkan urutan perineum berupaya mengurangkan koyakan pada bahagian perineum. Lalu, mengurangkan risiko episotomi yang biasa dilakukan oleh para doktor dengan menggunting sedikt bahagian faraj untuk melancarkan laluan bayi. . Lebih daripada itu, kebanyakkan wanita yang pernah mengamalkan teknik ini melaporkan mereka tidak mengalami kesakitan di bahagian perineum dalam tempoh tiga bulan selepas melahirkan. . Urutan ini boleh anda lakukan sendiri di rumah, satu hinga dua kali sehari dengan menggunakan minyak tertentu yang berasaskan sumber semulajadi. Antaranya minyak kelapa, minyak kelapa dara, minyak zaitun dan lain-lain. Namun yang demikian, elakkan daripada menggunakan minyak bayi, jeli petroleum atau apa jua jenis minyak yang mengandungi bahan kimia. . Selain daripada diri sendiri, anda boleh juga meminta suami melakukan urutan perineum. Apa yang lebih penting, lakukannya sewaktu anda tenang dan jangan sesekali melakukannya dalam keadaan terpaksa. Masa yang paling sesuai untuk melakukan urutan ini ialah sejurus selepas mandi. Lazimnya selepasmandi, bahagian perineum lebih lembut dan selesa untuk disentuh. . Walau bagaimanapun, adalah dinasihatkan agar para ibu mendapatkan pandangan daripada doktor terlebih dahulu sebelum melakukan urutan ini. Kredit: FB kelab ikhtiar hamil #urutanperineum
Read more
hi i sembelit. i usually berak everyday tapi haritu sehari i tak berak lepastu i jadi sembelit. next day i berak berdarah, lepastu macam terkeluaq(buasir) bahaya dak? now i trauma nak berak.. help me siapa ada experience like this? nak makan apa bagi senang membuang. i dah makan buah/serat ayaq pun minum cukup.. tapi i know during pregnancy ni ramai mommies kena sembelit kan? Any tips? #advicepls #bantusharing #firsttimemom
Read more





