
Entah kenapa baby tak nak DF, asal bagi je nangis macam kene pukul . padahal sebelum ni tak bagi botol pun . ada yang kata mungkin susu ibu laju keluar menyebabkan baby tak selesa nak susu dengan tenang. saya dah cuba marmet dahulu tapi bila tengah tengah susu mesti susu laju juga keluar . kesian baby hisap jari sahaja. lapar tapi bagi susu tak nak susu . berat pun statik je. dah nak masuk 4 bulan pun berat 5.18kg je baru :( sedih tengok anak lapar . tidur pun sekejap sahaja . kalau dapat DF pun dalam 5 min sahaja . pastu dah tak nak :( Rasa gagal sebagai seorang mak tak cukup ilmu tentang penyusuan . korang first mom saya rasa timbalah ilmu banyak banyak sebelum baby lahir . saya sedih sangat . sekadar luahkan apa saya rasa .... #adatakpenhalamanyangsama #firstmom #luahanhati
Read more

Mcm mana nak tahu kahak baby keluar ikut najis?
Hi semua. Anak saya 3m sekarang and baru first time sakit batuk berkahak. Dah pergi klinik, doc buat neb and bagi ubat demam & antibiotik. Saya jugak ada sapu minyak cengkih dan minyak asmak (tgk di tiktok) sebagai ikhtiar. Saya perasan anak saya akan batuk dan telan semula kahak tu. Jd agak susah utk saya keluarkan kahak tu melalui mulut (Dah buat tepuk percussion). Hari ni dia berak 2 kali, banyak, kuning mustard, dan mcm cair (seperti gambar). Klu najis baby mcmni, dikira kahak keluar ikut najis ke? #firstmom #ingintahu #pleasehelp #pleasehelp
Read more



perancang keluarga mana yang ok?
Hi semua, nak tanya uolls semua ada buat family planning tak lepas dah bersalin ni? saya still tak tau nak pakai perancang apa.. kesian juga dekat suami kena puasa lama² 😅 nak pakai iucd takut.. implanon mahal.. yang suntikan & pil perancang akan kacau hormon laa pula.. kalau merancang sendiri tak pakai apa2 lagi laa takut.. buatnya terus lekat tak memasal je.. sebab orang kata lepas pregnant ni lagi subur kan.. plus haritu baru je period sekali.. itu pun darah sikit² je.. nak tunggu next period pun entah bila tak tau laa sebab still fully bf.. so memang tak boleh nak agak bila waktu subur or tak.. dulu before pregnant memang period saya teratur setiap 28 hari.. senang nak kira waktu subur.. sekarang ni fully bf, mak saya cakap memang susah/jarang period.. jadi macam mana ye.. ada cadangan tak nak pakai perancang apa? 🤔#firstmom #ingintahu #pleasehelp
Read more
