Privacy PolicyCommunity GuidelinesSitemap HTML
Download our free app
21.1 K following
NEWBORN BERJAGA
Salam hi. Nak tanya normal ke newborn berjaga lebih dari 2-3jam? Anak saya dari petang sampai malam tidur2 ayam je selebihnya berjaga.
Baby Newborn
Siapa ada pengalaman masa pantang baby selalu menangis? Siang tidur malam menangis. If ada tips share please.
hari ke 20 berpantang
hi korang! normal ke darah nifas berketul seram plk tgoknya mcm daging gituuu. dh brp hri ni darah dh jdi wrna hitam n skit, tiba2 hrini dia keluar berketul #firstTime_mom
Pantang Cerai
Maaf semua saya betul2 perlukan pendapat,kata2 semangat.saya tengah pantang baru cukup sebulan.baru2 ni saya ada gaduh dengan suami sbb dia nak dgr ckp ummi dia suruh bagi baby kami air mineral untuk hilang kuning.lepas gaduh rupanya dia bercinta dan cakap lucah dgn perempuan dkt game mobile legend dia. saya baru baca whatsapp dorang harini.saya rasa terkilan.saya tak boleh tgk muka dia.rasa tertipu sgt2. dia boleh curang sedangkan sepanjang pantang saya usaha bagi nafkah batin dkt dia dengan peluk cium cuma bukan seks sahaja.saya nekad nak cerai lepas dpt tahu sbb saya jijik sgt baca whatsapp lucah dorang.saya meraung2 dekat rumah mak saya harini.family saya datang tenangkan tapi saya tak sampai hati nak bagitau yg suami saya curang dengan chat lucah tu.
Pendapat/nasihat daripada pejuang TTC
"Saya kahwin atas dasar dijodohkan, alhamdulillaah terima apa adanya & x lama keduanya saling cinta selepas kahwin. Tapi awal perkahwinan baru sebulan kahwin rezeki dapat anak. Cuma di sini pada awalnya saya rasa saya akal pendek, tak terfikir jauh yang saya akan ada anak secepat itu. Semua ibarat tiba². Tiba² dijodohkan, terus kahwin, tiba² ada anak. Anak dah lahir, dah sebulan lebih usianya. Saya jadi tak bersedia apabila anak sudah lahir. Saya cuba juga tengok baby language dan yg sepertinya untuk ilmu, tapi saya jadi overload, jadi tepu. Mungkin juga saya tertekan dengan perasaan belum bersedia, saya jadi terfikir kenapa saya awal lagi dah ada anak? Saya sedang "mencari hikmah" kenapa saya awal² dah ada anak. Maka, kepada pejuang TTC, tolong berikan saya kata-kata yang supaya saya kuat/lebih bersyukur dengan keadaan sekarang. Saya 27 tahun. Tolong jangan kecam saya, saya buntu, saya rasa burnout... Tapi saya sayang dengan anak saya..."
Minum lemon untuk baby
Boleh tak bagi baby 11 bulan minum lemon untuk kurangkan batuk
Opk saya jumpa peak. Tapi yg lain tu high. Adakah ini tanda2 saya PCOS? Sy risau🥹
Ibu2 yg pcos yg track ovulation guna opk boleh share pengalaman x? Terima kasih ❤️ #opk #ovulationteststrip##bantujawab #SeriusTanya #ingintahu #firstmom #bantusharing
baby boy g6pd
hi mommy , nak tanye baby g6pd boleh bau minyak wangi tak? sebab ramai orang datang melawat pakai wangi n suka sentuh ii. dah bagitahu still sama je#firstmom #bantusharing 🥹
Bg makan/minum baby less than 6m
Baby sy dah 36 hari, 2 3 hari ni mmg kerap nangis tidur paling lama 1jam lebih je pastu dia mengggeliat nangis², bila bangun mulut tu mmg slalu nganga² mcm lapar. Sy mmg kerap bg susu, susu badan dah banyak tp tetap jugak topup dgn formula. Sy stress mak saya slalu cakap baby lapar, kalau zaman dulu² baby mcmni asik nangis kene suap nasi lembek or masak gandum. Hari2 cakap, sy stress cmna nak bgtau mak, sy misi baby kat nicu, sy pun takde bg baby org makan fully susu je, ini anak sendiri nak suap makan umur pun belum 6bulan. Sy stress hari² nangis senyap², bila mak ckp cmtu sy buat taktau. Ngadu kat husb dia kata dia tak bg suap apa² kat anak dia jangan sesekali try 🤧. Husb jauh sbb kerja sy pntg kat kampung. Baby sy prolonged jaundice masa 13hari ada bidan bgtau bg minum air kelapa muda setitis dua, mak sy bg minum air kelapa kat baby, tp sy tak bgtau husb sbb takot. Baby sy suka geliat time geliat akan regurge/muak, mak sy cakap "ni sbb tak bg air masak lah ni kat anak" 🥹. Sy stress. Rasa macam cepat² nak balik sana, tak boleh follow petua org zaman dulu, ada benda boleh follow ada benda tak boleh follow.
Hari ke 17 berpantang
Rasa terkilan sgt² dengan suami tak tahu la nak cakap macamana. Dah 4 hari sayur sawi dalam peti habis. Tiap² hari makan nasi putih dengan ikan bakar je. Dah suruh banyak kali p beli tapi dia buat tak tahu. Dulu dia beria janji dengan mak, nak jaga kita sdri dlm pantang. Mak x bg mula² tapi lepas dia yakinkan dia nk jaga, nk bertungku, bawak p urut bidan dan masak semua tu, mak pun dgn berat hati lepaskan kita balik. Mula² balik ok lagi dia buat. Masuk hari ke 9 dh nampak malas dia. Suruh kita bertungku sdri. P berurut bawak sekali je lepastu diam terus. Kalau lapar suruh kita masak. Kerja rumah semua la kita buat. Skrg yg paling menyakitkan hati dan paling sedih, bila harini kita terkena buasir sampai terkeluar daging. Nak berjalan ya Allah sakit sgt. Panggil dia masuk bilik kejap cakap suruh tgk sesuatu. Dia tak nak, ckp geli. Cakap tgk jela, dia tanya kenapa kenapa kenapa? Bila kita cakap, daging j*bo aku terkeluar dah. 4hari aku makan nasi dgn ikan je. Ko tgk apa jadi ? Dia tanya habis dia nk buat apa ? Bawak p hosp ke atau nk p beli sayur. Nak beli brapa hinggit sayur ? Aku mls dh nk ckp byk. Benda dh keluar. Aku ni dgn menyusu anak lagi. Nak buat kerja rumah lagi. Dah la. Ko keluar dri bilik. Aku nk sapu ubat. Aku tak nk tgk muka ko. Dia tanya marah dia ke ? Wtf.. Aku letih terlalu letih..