Doa buat semua ibu
YaAllah sihatkanlah bayi kami sempurnakanlah kejadian ruh dan jasadnya kurniakn afiyah kepadanya bantulah kami menjadi ibu yg sentiasa sabar, kuat, redha dan bertanggunjawab dalam menggalas amanahmu. YaRazzaq kurniakan zuriat dan kesabaran untuk semua ibu yang sentiasa menanti cahaya mata. kerana Engkaulah yg Maha mengetahui masa dan keadaan yg sesuai utk kami kandungkan si kecil ini. YaFattah, permudahkan dan bukalah jalan kpd ibu yg sedang menghitung hari untuk bersalin. bantulah kami. sesungguhnya Engkaulah maha berkuasa di atas setiap sesuatu dan kami tidak berdaya ke atas diri kami tanpa bantuanMu YaAllah jadikanlah anak2 kami anak yg soleh, zuriat kami sebagai penolong di hari akhirat kerana doa anak yg soleh akan sentiasa menyelamatkn kami dari azabMu. AllahummaAmeen