Susu Formula

Umur anak : 33hari Saya nak tanya. Saya takde susu badan (memang kering). Jadi saya bagi susu formula sahaja. Masa anak kena kuning saya bagi Karihome. Lepas anak habis kuning baru saya bagi S26 dan upgrade S26gold. Masalahnya sekarang, lepas tukar susu S26 & S26gold , anak membuang 2/3 hari sekali. Tapi anak selalu kentut,perut tak kembung & tak meragam. Najis anak pun cair dan tak ketul ketul pun. Najis warna mustard. Cuma masa meneran tu memang dia buat muka & ada suara. Menangis tu macam sekejap je. Itu dikira sembelit ke? Masa check up 1 bulan, saya bagitahu nurse pasal masalah ni. Nurse cakap tukar susu. Jadi saya tukar lah susu Similac Total Comfort (atas recommend orang kedai baby). Saya baru bagi 2 hari, dia membuang, tapi ada sekali tu najisnya warna kelabu campur kuning sikit. Saya tanya mak, mak cakap beralih bulan memang najisnya macam tu. Saya risau, saya tukar semula kepada S26gold (ada balance sikit). Bila saya bagi S26gold, dia asyik tersedak & kadang tu muntah susu/jeluak. Jadi dekat sini, perlu ke saya bagi Similac semula dan berhentikan S26gold? Boleh saya tahu cara nak tukar susu formula macam mana? Maksudnya dari susu lain ke susu yang lain? Terus tukar atau kena habiskan yang ada dulu baru tukar baru?

1 Balas
 profile icon
Tulis jawapan
VIP Member

sis kne try 4days rule. dlam mse 4 hari, mcm mne dgn keadaan baby. kalau ok je, berak ok, wrne & bau ok, mknenye ok la. pasal muka tu, mmg dh gaya dia kot sis. anak saya xde rupa membuang lgsung. tau2 je dh bocor pampers 😅. sis boleh refer gmbr ni sis utk pemantauan sis

Post reply image