Sedikit Nasihat dan info penting dari bidan jururawat bertauliah.

Ubah pandangan tentang proses bersalin. ?sakit bersalin bukan sakit yg membebankan, tetapi ia sakit yg sedap dan rasa penuh cinta.. saya sudah 3x kali merasainya. trust me. ?kelahiran normal atau kelahiran pembedahan ia hanya kaedah melahirkan. pilihan kaedah yg membawa anda dan bayi anda dengan selamat. ❤natural atau induced bukan gerenti satu tak sakit, satu lagi sakit mcm tercabut nyawa. contraction yg tercetus samada dari natural atau ubat induced hanya proses utk memulakan proses bersalin. tetapi sakit yg tercetus adalah disebabkan oleh posisi kepala bayi anda terutamanya utk kelahiran cephalic( kepala dulu). samada kepala bayi anda menekan saraf yg menyebabkan sakit keterlaluan semasa tolakan dari contraction utk turun ke laluan kelahiran. atau hanya lalu sipi2 yg menyebabkan anda masih ok dan bertahan walau bukaan dah 7cm. manakala yg rasa nak tercabut nyawa apabila bayi anda menekan saraf sakit keterlaluan. walau bukaan baru 3cm. ❤ubat tahan sakit adalah hak anda. kesan sampingan ubat tersebut hanya sementara. bukan menjejaskan kesihatan anda dan bayi anda sepanjang hayat. anda yg rasa sakit bukan orang lain. ❤risiko2 yg doktor terangkan hanya ramalan2 apa yg boleh berlaku mengikut kondisi kesihatan kandungan anda. buka. confirm jadi. hanya maklumat utk anda. jika ia benar terjadi. maka anda tidak akan merasa pelik dan menyalahkan pelbagai pihak. risiko adalah ramalan. bukan pasti jadi. kena paham tu. ❤side effect ubat...hanya la senarai kesan sampingan yg dikesan didapati dari mereka2 yg pernah melakukan ujian ubat tersebut sebelum ia dipasarkan. namun harus diingat kesan2 sampingan tersebut bukan lah gambaran majoriti. jika majoriti mereka yg diuji dapat dari kesan ubat  tu..maka ubat tu akan tidak dipasarkan. jadi rumusannya...kesan2 yg kamu google tu tak semestinya kamu kena. ❤ kalau sekali dah pernah induced, nanti anak seterusnya pun akan induced juga. tak semestinya. kalau baru 37 minggu dah kena induced. mcmana nak tunjuk kemampuan anda natural labour masa tu. awal sangat utk tentukan.. melainkan anda lebih hari kemudian diinduced. itu berkemungkinan berulang. tapi tak semestinya. happy2 kan diri dan pandang lah suami anda dgn rasa penuh cinta di akhir kehamilan. dgn syarat kehamilan kali ini tiada masalah utk kelahiran normal. tq kerana sudi membaca. nor azniza abd maghrith clinical nurse midwife avisena women's and children's specialist hospital.

12 Balas
 profile icon
Tulis jawapan
VIP Member

🤗