Jalan jauh sebab kematian

Tumpang tanya, saya baru lepas tolong kenduri kakak ipar 3hari berturut turut, agak penat, tadi mil call ajak suami balik selangor-kedah sebab pakngah nya meninggal. Saya dah 37w2d, esok pagi ada check up kk, mil kata boleh tunda hari lain je. Tapi minggu lepas nurse pesan perut dah turun banyak, tunggu tanda je. Kalau boleh elak jalan jauh sebab takut bersalin luar kawasan agak rumit lagilagi bila baby kena tahan wad dll. Melainkan memang bercadang nqk pantang disana. Dahlah mil nak 7hari dekat sana sebab tahlil. Saya suruh suami gerak je tanpa saya. Takpun suruh je abang ipar yang tinggal sekali dengan mil yang bawa ke kedah. Saya memang taknak, takut apaapa jadi sebab anak first takde pengalaman. Kalau kat sana baby kena tahan wad lama dah kena cari barang baby lagi. Nak balik angkut barang pun dah berapa habis minyak tol. Duit kami dahlah cukupcukup je. Sebab suami terpaksa tolong mil niaga makanan je, 10pagi-11malam, tu pun kalau hujan atau tak laku takde gaji, jadi duit memang tak banyak mana dengan sewa rumah, bil itu ini. Kakaknya dengan abang ipar tinggal sekali mil, tolong mil juga cumanya dia tak perlu bayar rumah, bil dan makan minum mil support. Belum lagi kena duduk homestay sebab sana rumah pakngahnya tak terima tetamu untuk bermalam, habistu kalau berpantang takkan nak sewa homestay lamalama. Mil kata kalau terberanak pun duduk 2minggu je lepastu boleh balik dah. Saya pula yang nak kena hadap pantang pantang tu jalan jauh. Tapi rasa serba salah pula sebab mil nak anak lakinya drive. Lagipun mil dah call sampai 4x. First call, 11.30malam. Suami dah kata esok ada checkup, mil kata nanti tunda je checkup tu. Sekarang saya punya appointment seminggu sekali, dia minta tunda 7hari. Saya cakap, kalau nak tunda oun tunggu esok pagi saya call inform dan tanya nurse saya dulu. Mil end call. Lepastu 12.06malam mil call balik tanya tak boleh ke tumpang je checkup sana, checkup biasa je kan berat apa semua tu takde apalah, suami cakap lagi, minggu lepas last checkup nirse dah pesan tak boleh jalan jauh. Nak balik perak sebab urgent haritu pun tak jadi. Mil end lagi. Pagi tadi pukul 7.45am mil call lagi tanya dah checkup ke, suami cakap checkup pukul 9am baru nak siapsiap ni. Mil kata lagi kalau selesai awal bagitahu boleh gerak sama. Pukul 8.40am dekat klinik mil call lagi cakap dia dah nak kena gerak, abang ipar yang akan drive. Mil kata kalau suami saya ada dari malam tadi nak gerak dah. Tapi ni dia tunggu sampai pagi pun masih tak selesai checkup lagi. Dia gerak jelah. Dan dia pesan kalau dah selesai takde apa nak gerak, geraklah dia tunggu sana. Saya dengar pun rasa bersalah, yelah sebab sayakan benda jadi. Tapi khamis pun dah kena jumpa doktor pula Patut ke saya pergi je tapi ready barang baby + buku pink etc. Ada ibuibu yang ada pengalaman jalan jauh masa hujunghujung pregnancy? Atau cadangan untuk saya?

49 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan
VIP Member

Awak sendiri tahu jawapannya. Sy baca separuh pun dah tau dah apa yg perlu buat. Takyah peningkn kepala. Buat je apa yg patut. Ckp baik2 dgn suami minta suami bincang dgn mil ya. Suami kene main peranan besar. Benda ni bukan benda mudah. High risk sgt2.

xyah la p....mil awk bukannya xde anak lain..kang x pasal2 jadi ape2 awk plak yg nk kne hadap..susah betulla nk kne hadap mertua neraka mcm ni...sorry terrremo plak..kalau sy jd awk, memang sy berkeras dh x mo p, n for sure husben pon x kan bagi p.

takyah pergi ..bawa suami utk dduk rumh..ckap kat fmly kat sna tak dpat nak dtg ..nnti teberanak ..lpastu apa2 jd kat bby ke...susahhh.. bygkan kalau hosp jauh 50km tgh dlam prjalanan ..msa tu nak branak ..memang payah dn ksian bby

VIP Member

Dah sarat sgt tu, elakkan la kalau taknak apa yg tak diingini berlaku. Saya dulu start je 36w mmg x kemana dah. Nak jln mmg x larat la. Mujur la bos tempat saya kerja suruh cuti awal seminggu dari tarikh due sbb takut apa2 hal.

Tak perlu ikut tu je nak cakap . Sila fikir dulu kandungan awak sebelum fikir hati mil tu . Sepatut mil yang kene faham awak bukan awak kene faham depa. Masalah macam ni pun dia tak faham lgi lah kalau masalah kecil2

sy hritu 32 weeks, naik bas dr tbs ke terengganu sbb ada wedding, balik tu elok smpai tbs, naik kereta perut jd sakit sgt dan mngeras. takut yangmat, ni awak lg laa dah 37 weeks. my advice, x payahlah ye..

Tak perlu puan, minta maaf pada MIL dan buat doa dirumah aje buat seketika ni. Sbb dah tgh sarat jgn amik risiko utk perjalanan jauh. Mudah mudahan segala dipermudahkan dan insha allah MIL akan memahami.

Tak usah lh.. Sy pn 37w ank first..adik ipar nikah... Sy tak pergi pn.. Jalan jauh penat.. Takut terberank tempat org.. Mil faham je.. Macam2 boleh berlaku. Kalau duit banyak ok je.. Risiko jgk

Kuantan-Perak pun sy takbalik bila kematian. Buat kerja lipat baju pun sampai rasa tkde pinggang inikan dok dlm kete berjam jam 😢 uiii suruh suami tu fikir bebetul mana yg penting.

dahulukan yg utama.jln jauh dlm keadaan sarat mcmtu bhya.brtegasla dlm buat kptusan.untuk kbaikan ibu Dan bayi.biarla org nk ckp apa,sbb nti apa2 yg mnggung bkn mereka.brtegasla