Tumpang tanya mommy semua. Saya sekarang pregnant 12w. Masuk trimester kedua ni baru morning sickness saya datang. Sekarang saya tak boleh nak makan carbs langsung. Nasi, mee, pasta, tepung semua saya tak boleh nak telan. Tengok nasi pun terus rasa nak muntah. Takpe ke kalau saya cuma makan protein & buah-buahan sahaja. Cukup ke nutrien untuk baby.
Bila tak lalu nak makan ni pun berat turun drastik. Last week turun 3kg. This week turun lagi 2kg. HB LOW, tekanan darah pun low. Ini punca sebab saya tak cukup makan ke? Ni first time saya kena alahan sampai lembik badan macam ni. Anak sulung dgn second dulu saya tak kena alahan langsung. Tca saya next week. Mommy boleh tak suggest any supplement ke yang boleh bantu tambah tenaga. Tq in advance semua.