Sesi Tanya Pakar bersama Cik Kee Joey, Pakar Psikologi, Ripple Community

Tidak dinafikan bahawa bekerja sambil menguruskan hal rumah tangga kadang kala boleh menyebabkan stres dan tekanan. Adakah anda ibu bapa yang bekerja? Bagaimana cara nak kurangkan stres di tempat kerja supaya boleh ceria apabila berada dengan yang tersayang? Pernahkan anda terfikir kenapa duduk di rumah pun boleh stres? Tahukah anda apa punca stres? Stres atau tekanan boleh datang dari diri sendiri kerana ia adalah "faktor dalaman" yang seringkali dipengaruhi oleh perwatakan seseorang itu. Hal ini harus di ambil berat kerana jika kita tidak tahu cara menguruskan dan mengatasinya, ia boleh memudaratkan diri kita sendiri. Jika anda mempunyai semua persoalan atau berada di dalam situasi tersebut, anda wajib ikuti Sesi Tanya Pakar kami pada kali ini. Tanya soalan anda tentang isu pengurusan stress di rumah dan tempat kerja untuk ibu bapa yang bekerja dan cara untuk mengatasinya bersama Cik Kee Joey, Pakar Psikologi, Ripple Community pada 21 April, hari Khamis, jam 12 tengahari. *NOTA: Sebarang persoalan di luar daripada topik dan tarikh yang ditetapkan mungkin tidak akan dijawab atau dipadam terus.

Sesi Tanya Pakar bersama Cik Kee Joey, Pakar Psikologi, Ripple Community
11 Balas
 profile icon
Tulis jawapan

Hi doktor, saya fully housewife dan mempunyai seorang anak yg berusia 7m. Saya korbankan career demi anak saya . Tak dinafikan jadi house wife ni agak meletihkan tetapi sejak2 ini saya semakim stress dan emotional.. terlebih dahulu, saya minta maaf sebab soalan ini agak keterlaluan dan saya cuma nak ambil pandangan dari doktor. 1. Sebelum saya kawen, saya pernah jadi situasi macam ni, saya dapat ilusi/bisikan atau pun out of dream but real macam nak b*n*h anak saya 🥺. saya takut sangat2 doktor. Kadang sya dengar suara suruh buat macam2 dekat anak saya.. hari2 jadi dan makin teruk dari sebelum ni tapi saya lawan semua tu. Saya pernah bagitau hal ini dekat suami saya dan feedback cakap saya ikutkan perasaan. 2. Saya mula takut nak berhadapan dengan orang dan tak suka berjumpa dgan masyarakat. Saya dah mula Introvert. Saya selalu dapat rasakan yang masyarakat akan pandang buruk dekat saya, cakap belakang even family sndri padahal tak ada. Adakah ini sebahgian effect dari meroyan? adakah saya sakit? adakah saya terlalu penat? apa perlu saya buat? adakah saya perlu rawatan? saya hilang rasa nak buat apa yg saya suka. saya tak ada masa untuk buat apa yg saya suka. Saya harap doktor dapat membantu saya. terima kasih

Baca lagi
2y ago

Hi Anonymous, thank you for reaching out to me! I can see that anak anda adalah salah satu orang yang paling penting di dunia anda. Oleh itu, saya percaya bahawa anda tidak mempunyai niat untuk membahayakan sesiapa sahaja. Apabila kita stres, badan kita akan keluarkan stres hormon yang akan mengurangkan serotonin dalam otak kita. Apabila kita kekurangan serotonin, kita akan mengalami gejala-gejala depresi dan anxieti. Anda boleh membuat saringan ini : http://apps1.kdh.moh.gov.my/dass21/?msclkid=af4fbb63c17611ecbf453997a5bb768f. Jika scores anda adalah tinggi, anda perlu mendapatkan one on one consultation dengan mental health professionals. Sementara itu, anda boleh cuba menguruskan tekanan dengan latihan relaksasi seperti : Deep Breathing/ Penafasan Dalam ( https://www.youtube.com/watch?v=acUZdGd_3Dg) dan Progressive Muscle Relaxation (https://www.youtube.com/watch?v=ihO02wUzgkc). Thank you and hope this helps, reach out should you have more queries!