Terbau aroma Maggi Kari cukup membuatkan perut yang tadi kenyang terus rasa lapar kembali. Malah keenakannya lagi terasa bila ditambah dengan udang, telur dan cili padi. Fuh, memang terangkat selera!
Untuk menyediakan hidangan kari yang sempurna dari segi rasa dan aroma boleh menjadi pengalaman yang menggetarkan bagi sesetengah individu. Menurut Chef Sharifah Hamidah Syed Mohsin, gabungan rempah yang berkualiti dalam kaedah masakan yang betul merupakan elemen penting untuk menikmati semangkuk kari enak. Malah ia juga adalah sajian kegemarannya.
Sebagai Chef Maggi dan pakar rempah, beliau berkongsi beberapa panduan tentang topik kegemarannya iaitu kari dan rempah ratus.
Menurutnya produk Maggi telah menggunakan 12 serbuk rempah yang dipilih khas dalam Mi Kari - 2 minit Maggi sebagai usaha untuk mendapatkan rempah ratus seluruh dunia bagi memastikan semua ramuan yang digunakan adalah berkualiti dan terbaik khususnya kepada peminat Maggi kari.
Antara 12 rempah berkualiti itu seperti jintan putih, cili, buah pala, kunyit, bunga cengkih, halba, lada hitam, pelaga, halia, bunga lawang, paprika dan biji ketumbar yang diperolehi dari pelusuk dunia.
Setelah itu semua rempah tersebut diadun sebati sehinggalah menjadi rasa asli yang konsisten bagi peminat Maggi kari di Malaysia.
Lebih menarik lagi, tiada bahan tiruan yang ditambah ke dalam produk tersebut malah ia diperbuat dari dua jenis gandum yang berkualiti dan diperoleh dari Australia untuk menghasilkan mi yang bermutu serta diminati ramai.
Jadi ternyatalah kini Maggi tetap menjadi pilihan setiap keluarga untuk mendapatkan semangkuk Mi Kari yang enak dan lazat.