Temujanji buka buku pink pada jam 7.30am di KK Seksyen 7 Shah Alam. Tapi jam 6.55 saya dah terpacak beratur rupanya ramai lagi yg lebih awal dr sy 😂. Pengajaran next time kena beli tongkat yang kerusi tu. Terliur tengok ada sorang ibu mengandung ni duduk kt kerusi dia ehek..beratur berdiri rasa mcm mencucuk2 tulang belakang. Kite ni dh la sebelum pregnant pun ada masalah tak boleh berdiri lama huhu.
Pkul 7.30am baru la start ambil nombor giliran. Sy first time buka buku pink jadinya kena isi borang ringkas yang kena tulis nama, alamat lengkap sekali dgn jalan ye (sbb da kena td pasal tak tulis nama jalan 😅), no fon, n ic. Kk kt situ memang tak bagi org dari kawasan lain daftar kt situ. Hanya yg beralamat shah alam dan seksyen tertentu je dia bagi. Sempat la tadi menyaksikan ada sorang tu datang dr padang jawa, hah sudah tak diterima pulak. Punya la lama beratur. Kesian dia. Sempat jugak bergenang air mata mengenangkan “aku dah nak bukak buku pink wei.. ya Allah it’s getting real!” Ha gitu lah lebih kurang ckp dlm hati. Ye laa dulu dh penah gugur. So kali ni dlm rasa risau “berjaya ke kali ni..” hmm tacing sgt tau uhuk
Lepas tu ambil nombor giliran utk daftar dulu, dapat la nombor 18. Bila dah sampai giliran tu bg borang tadi dkat nurse dia akn key in dekat komputer. Pastu dapat la nombor giliran yang baru utk jumpa nurse dgn doktor. Pastu nurse panggil nama untuk timbang berat, bg sampel urin dan ujian darah. Disebabkan ke sana ke sini sy tak sedar pun masa berlalu. Tau2 dah pukul 9.30 dah.. so tunggu la nurse panggil untuk interview history penyakit dalam family, masalah2 ketika mengandung. Alhamdulillah so far sy ok je kecuali ada asthma. So dapat la stiker hijau huhuk.. nurse check jugak breast siap picit2 adesss…
Pastu tunggu lagi dkat luar untuk jumpa doktor. Tak buat scan pun sbb sy dah bg gambar scan masa 8w. Entahlaa sy skrang da 12w. Mmg macam tu la ek KK da x buat scan klu da penah scan?
Ting tong ting tong jumpa doktor, sama jgk kne interview history penyakit sume. Doc check kot ada urat simpul sume kt betis..Alhamdulillah takde lg stakat ni..Oh btw masa dgn nurse td dia da bg siap2 Zincofer. Itu je la yg sy dpt. yg org duk cerita obimin ke oberet ke sy tak dapat pun. Apa yg sy bgtau nurse sy xde alahan. Just asthma saje. Dapat jugak inhaler kaler coklat tu. Dalam pukul 11.30 siap semua dah boleh balik.
Sistematik la jugak kot kt KK seksyen 7 ni, walaupun ramai giler org tp ok la tu setel dlm 4 jam camtu. Tak terasa masa berlalu sbb busy buat itu ini. Sambil tu duk main game kt fon jgk mmg la tak rasa ye dak 😂.
Minggu depan kena dtg skali lg untuk minum air gula. Katanya kena start puasa jam 10mlm pd hari sebelum, n sampai2 je KK amik darah dulu. Then minum air gula then tunggu 2 jam amik darah lagi. Kalau kantoi gdm, skali tu je la minum air gula. Kalau result ok, minum skali lagi next appointment. Aduh gigih ye nak kantoikan haha. Mungkin la nk make sure betul2 takde gdm kot kan hoho.
Balik dari KK, lunch dulu then terus pegi swasta nak tanya kalau nk checkup kat KK tp nak bersalin kt swasta camane? So dorang kata at least kena tiga kali checkup kt swasta la hujung2 nanti bru bleh bersalin kt swasta tu. Maybe dlm week 25 ke atas bru sy akn call utk temujanji lah rasanya…
Alhamdulillah selesai sudah. Next hunting adalah part confinement . Masih lg tgh survey nak yg daily visit ke, stay in ke, confinement centre ke. Hm pening jgk nk fikir. Apa pun tak bgtau mak lagi yg kte ni pregnant. Masih dlm fasa takut. Fobia yg first pregnant bgtau awl tp gugur. Ingat nak bgtau bila perut da nampak, tp member dah tau dh sbb tadi tak sengaja terserempak dkat hospital swasta masa tanya harga pakej bersalin. Punye la byk tempat boleh plak terserempak kat situ ek 😅. So kne plan utk bgtau parents jgk la ni.. ya Allah semoga dipermudahkan dan selamat hingga akhirnya..
Anonymous