Baby july 2023 😢
Tahniah & happy bila tengok ibu2 yg due sama bulan 7/2023 dah pakat bersalin dah.. 😊 Saya tak kesampaian nak merasa ada new baby tahun ni 😭😭 Baby keluar awal , 2nd trimester. Baru tahu yg pangkal rahim jenis tak kuat jd tak mampu nak tampung berat baby yg semakin membesar. Next pregnancy, maybe perlu buat procedure ikat pangkal rahim sampai cukup bulan. Masih dlm dilema utk pregnant lagi, risau takut terlambat bertindak. Apa lagi nak follow procedure gov hospital yg lebih pd wait and see sampai saat kritikal baru nak bertindak. . Trauma dgn pengalaman lepas, kandungan yg sepatutnya boleh diselamatkan tapi pihak hospital hanya mampu ckp kami tak boleh buat apa2 sebb laluan dah buka. ada yg senasib dgn sy kandungan dia berjaya diselamatkan sebab dia berada ditempat yg berbeza & doc yg berbeza (swasta) . Mungkin pada masa akan dtg, hanya yg berduit saja layak dapat rawatan terbaik. . Bukan tak redha... Hanya trauma saja,sampai sekarang masih terasa kaki baby yg x cukup bulan menendang saat dia keluar kaki dulu sbab songsang. Tiada suara, hanya nampak degupan jantung dan mulut yg mencari nafas. Hanya diberi peluang menatap & pegang baby yg masih merah beberapa ketika sebelum diambil dan diuruskan data kematian. Doctor iystihar sbg lahir mati wlaupun baby masih hidup. Not sure pasal procedure utk kelahiran tak cukup bulan mcm mana. Baby memang tak akan diselamatkan sebab masih terlalu kecil, berat hanya 300g (syarat hospital 600g keatas) sy pun tak harap utk baby survive sebab akan timbul pelbagai komplikasi sepanjang hidupnya. Cuma masih terkilan tak sempat cium utk kali terakhir 😭😭😭😭 . Sekadar luahan hati yg berat... Jika diberi peluang lagi sekali, semoga Allah swt bantu hingga berjaya...