Bila perlu jumpa doctor/nurse?

Sya dh lewat haid 2 minggu . Bila check guna pregnant test clear blue positif. Kira last haid skg nhe dh masuk 5 week lebih mcm tu. Perut pun buncit😅Tapi was2 lagi sma ada betul2 mengandung or tak. Tapi tak tau bila perlu pegi jumpa doctor. Ada yg bgthu boleh pegi awal. Ada yg bagi thu tunggu 7 week baru pegi klinik . Bingung nk buat yg mna Stu? #seriusnanya #firstmom #firstbaby #ingintahu #bantusharing #pleasehelp

15 Balas
 profile icon
Tulis jawapan

boleh je awak nk g klinik utk sah kan kehamilan awak. cumanya kita tak di galakkan utk scan awal2 ni utk mengelakkan kita fikir yg bukan2 bila doctor inform belom nmpk apa2 ataupon dinding rahim baru menebal. selalu nya doctor akan suggest awak utk repeat scan semula. awak boleh juga buat ujian darah beta hcg mcm yg mommy komen dkt awak ni. jika beta hcg awak tinggi, mmg awak tengah pregnant☺️ nak nk kantung boleh scan masa 6@7w. nak nampak baby dn heartbeat boleh scan masa 8@9w dan keatas. selagi xde spotting / bleeding inn shaa allah kandungan awak baik2 sahaja. continue makan asid folid sehinggalah awak buka buku pink.

Baca lagi

Tak kesah awak nak pergi berapa weeks pun . Lagi lagi first mom kan ? Awak mesti excited nak tahu betul atau tak . So bila bila masa awak boleh scan . Contoh sekarang awak dah 5 weeks esok awak pergi scan doctor kata baru nampak kantung atau doctor dapat sahkan awak pregnant, awak jangan risau . Doctor mesti suruh awak reapet scan 7-10 weeks nanti untuk tengok jantung baby pulak ☺️ cuma bila awak dah dapat tahu awak pregnant, awak kena makan folic acid yang 400mg . Kalau awak pergi klinik swasta untuk scan awak boleh minta doctor bekalkan folic acid untuk awak . ☺️

Baca lagi
1y ago

Maaf pembetulan. Folic Acid 400mcg, bukan mg

ada klinik yg nak gambar scan utk bukti sebelum buka buku pink. klinik area sy ni nurse tak cerewet. dia pun dah kenal sgt dgn sy sbb sy rutin ke klinik utk check anak. bila sy pregnant,sy bg gambar upt yg double line. nanti nurse akan bg tarikh appt,tak lebih dr 12w. mcm sy booking buku pink 9w. nanti nurse buat upt sekali lg utk double confirmed. tp ada klinik yg perlu buat appt secara online. jd apa² pun boleh hubungi klinik terdekat utk pengesahan

Baca lagi

Masa saya dulu tahu pregnant time 5minggu, tunggu kejap seminggu lepastu terus gi scan sebab risau luar rahim, or chemical pregnancy walaupun ada alahan mengandung teruk. And nasib saya pergi time 6minggu time tu dapatlah tahu mengandung and dalam masa yang sama ada cyst 6cm duduk belakang rahim. Kalau awak rasa nak scan pergi je, jangan ikut cakap orang. Lain orang lain pengalaman mengadung dan ceritanya. Apapun tahniah 🥰

Baca lagi

boleh start mkn folic acid sis. beli je dkat pharmacy terdekat. rsanya dh positif tu. bt test pun guna clear blue kn.. klau scan, sy hritu scan msa 5w, nmpk rahim mengembang je😅 repeat scan msa 7w dah nmpk baby dgn heartbeat dia🥰.. klau nk save duit, tunggu je smpai 7w.. tp folic acid jgn tinggal tau.. klau nk dtg klinik utk sahkan, sma je drg akan repeat upt. pastu scan, klau x nmpk, dia suru dtg balik..

Baca lagi

kalau sendri test xpasti,boleh ja kita pergi klinik kesihatan utk sah kehamilan,saya dlu pon cm awak delay semggu period check positif,tp xyakin saya trus pergi KK utk sahkan kehamilan,siap doc sruh p booking date utk buat buku,ckup 8mggu saya buat buku

Kalau scan 5week nampak kantung je awak. Better tunggu 7/8 weeks untuk scan. Kalau nk confirm kan jugak, boleh je buat bloodtest kt klinik swasta. Tapi kalau result upt mmg +ve, InsyaAllah mmg pregnant. Kalau ada bleeding, kena terus jumpa doktor

1y ago

tak semua mommy boleh nampak kantung masa 5w. kecuali masa scan tu doctor buat tvs scan. itu boleh nampak☺️

pegi je scan . sy scan 5 weeks nmpk kantung. tak kisah pun . asalkan dalam rahim dan puas hati bila dah confirmtu. nnti dkt KK dorg suruh buat urine test, and scan perut. dapat next date untuk repeat scan which is 2 weeks lagi.

Pergi dulu untuk confirmkan the pregnancy. Untuk tau umur kandungan tu tak semestinya dari date last period tau dear. Sometimes persenyawaan lambat berlaku. Mungkin baru 3-4weeks. Apa pun, pergi clinic dlu ya dear. Take care 😘

Kalau nak cek awal2, bole je tp nnti nampak kantung je. Cm banyak fikir pulak. Kalau awak bole sabar skit p scan dalam 8w cmtuuu. Nnti before 12w call KK, nak bkk buku. As long depa dh bg date takpa dah