Hadis, daripada Anas bin Malik RA berkata: Adalah Nabi SAW banyak membaca: "Wahai Zat yang membolak balikkan hati, teguhkanlah hatiku agar ia berada di atas agamamu. ”Kemudian Anas bin Malik RA pun bertanya: “Wahai Rasulullah SAW, kami beriman kepadamu dan kepada apa yang kamu telah bawa. Lalu apakah kamu masih bimbang kepada kami?” Baginda SAW menjawab: “Ya, kerana sesungguhnya hati manusia itu berada di antara dua jari daripada jari-jari Allah SWT yang mana Dia akan membolak-balikkannya mengikut kehendak-Nya.” [HR at-Tirmizi (2140)]