rasa menyampah tengok kucing, boleh jadi kenan kat anak ke?

sy tengah mengandung 3 bulan lebih and ada bela sekor kucing kat rumah. fully indoor, manja sangat sebelum ni. start dari awal mengandung sampai sekarang, kucing memang kuat buat perangai. pecahkan pinggan la, korek tong sampah, sepahkan baju yang dah siap lipat. something yang dia jarang buat sebelum sy mengandung. mental ni dah start penat dah, banyak kali dah terzalim kat dia bila darah naik menggelegak tak boleh tahan bila dia buat hal. dah banyak kali sabar. sekarang ni dalam kepala asyik risau baby dalam perut terkenan dengan apa sy marah and pukul kucing tu. betul ke kalau pukul kucing and marah kucing boleh jadi badi kat baby? #pleasehelp #firstbaby #kenan

7 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

Sama lah saya. Kadang tak sedar sy dh terpukul dia. Bila sedar tu saya belai dia sambil minta maaf, cakap sejak mengandung saya jd kuat emosi tak boleh kawal. Bab kenan tu saya tak pasti, tp kalau tiap kai sy terzalim kt kucing saya tu saya cuma minta maaf dan belai belai, kasi wet food ke treats ke. Dgn harapan dia faham dan maafkan lah. Sambil tu saya pesan kt dia jangan nakal sangat, jangan buat perangai takut kalau dah bersalin makin naik tanduk. Time tu mungkin lebih emosi jd saya taknak sakitkan dia dah.

Baca lagi
3y ago

samaa.. lepas dah terpukul tu mesti nangis2 mintak maaf kat dia. even dia pon tk paham apa yg kita nangiskan. even kena pukul pon dia still datang menempel. seriously rasa macam serba salah sangat2. berdosa betul rasa.

Sy pun bela kucing masa pregnant. Sebelum tu bela 3 ekor. Jumpa kat pasar. Last2 sekor mati, 2 hilang masa kitorang pindah rumah. Then sy sedih so husband bawak balik kucing lain. Bela. Mula2 elok. Lama2 kucing tu jadi naik tanduk pulak bila kandungan makin sarat. Geram jadinya. Sy ada dengar kucing ni pandai jeles lagi2 dia tau kita akan ada org lain nanti. Kucing ni tak suka saingan kalau dia sekor je yg dimanjakan oleh kita dari awal. Sebab tu dia buat perangai

Baca lagi
3y ago

awww mulia hati sis bela kucing kat pasar. semoga sis dimurahkan rezeki sebab tolong stray cat. btw, memang betul sangat orang cakap kucing pandai jeles. dia macam tahu tuan dia tengah pregnant. perangai nakal dia tu datang time kita pregnant je. tapi tk tahu la lepas beranak nanti makin menjadi2. bila ada baby, mesti orang tk bagi perhatian sangat kat dia😂

sy tgah mgandung trgin nk bela kucing.. bbrpa bulan ja sy xleh than jgk mmg nakal kcing tu buas x tntu hala cakar lgsr pungah bilik pungah tong smph cakar kertas bg slerak.. cakar sofa..sllu marah2 ja..kdang jentik tlnga dia gram hahah..pastu sy nekad mlas bela bg kat spupu je kucing.. bru lega skit ati.. bkn apa kita bt dia sskit pon sy tkut jgk teraniaya dia ka skitkan dia..lbh bek bg org..

Baca lagi
3y ago

hat cakar sofa tu memang annoying sangat2. pungah barang still boleh kemas. cakar sofa, habis koyak rabak sofa tu dek perangai mengada dia. sy pon ingat nak bagi kat orang kucing tu, tapi orang taknak. sebab diet dia cerewet sikit. and memang tersangatlah suka buat perangai, gengster pulak tu suka buli kucing lain.

pg ni terus telepas tagan p pukul kucing org yg masuk dlm rumah jilat telor yg nk di masak sebiji t.k apa, ini 3biji dlm magkuk dlm perut pun lapar terus naik agin sejak megandung saya jadi t.k suka pada kucing and alahan bulu kucing bg saya batuk berpanjangan dan selsema.tapi kucing ni ttp mai rumah..

Baca lagi

kalau sy time rasa nak marah saya tepuk tangan kuat2 mcm tepuk angin, tepuk dekat2 dgn muka dia. sekadar nak kucing tu tahu la kita tgh marah & tak gemar dgn perangai dia

3y ago

boleh try yang ni, harap menjadi. kucing kat rumah tu jenis fearless, tak takut apa. marah sekali, dia stop. lepas tu buat balik. tersangatlah nakal.

Sama, kite jdi mnyampah dgn notty dia, sblm pregnant okay je... Dia pthkn pokok syur2 sy bru tnm, pokok bunga... Tpi thn je

3y ago

omg sis, boleh tahan menyirap tu. idk maybe kucing tahu dia bakal dapat adik baru, so dia kaw2 punya buat perangai.😭

sama dgn saya soalan ni