Ubat batuk masa hamil

sy sekarang dah msuk 32 weeks hamil...tapi skrg asyik batuk2 je tak henti...kalau nak makan ubat batuk masa hamil ni ok ke? bhaya x untk baby?

18 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

Sis kena check up dengan doktor . Kalau batuk teruk sangat bole jadi asthma . Batuk berlarutan .. ada ubat yang doktor bagi Tp prescribe berbeza utk yg mengandung. Lebih Selamat , amik cara natural . Air suam, lemon, madu .. Sebab ubat batuk ada steroid . Jadi sebarang masalah yang berlaku dalam diri sis, bg Tahu doktor. Even benda tu kecil. There is nothing silly when it comes about pregnancy . Feel free to refer your doctor . Have a great pregnancy journey ya sis.

Baca lagi

Sy mngandung dh 29mggu. Dh sebulan lbh batuk dan selesema. Doc bg ubat antibiotic. Jika lps habis antibiotic masih xok, kena xray paru2. Risau jgk ke baby tp doc ckp xde pape xray. Kesan dia slightly je. Tp still risau.

X boleh. Sis kena pegi jumpa doc jgn memandai2. Nanti dia bagi ubat kumur sbb ibu pregnant x boleh sebarangan makan ubat. Jd lepas ni terus refer doc je sis. Sy kalau ada apa2 je x kena terus g jumpa doc

Saya sebelum ni ada batuk selsema, kebetulan ada appointment dengan Dr, Dr ada prescribed ubat batuk. Bromhexine dengan loratadine. Apa2 kena consult dengan Dr dulu sis.

rujuk doktor sis...Bahaya kalau ambik ubat batuk seberangan masa pregnant ni.. At least kalau jumpa doktor dia akan bagi ubat yang selamat untuk ibu hamil..

VIP Member

Awk dah pergi jumpa doctor tak? better jumpa doctor dulu and mintak ubat.. kalau ubat dr hopital or klinik ni mmg confirm dipercayai

better refer doktor, nnt doktor akan bagi ubat batuk yg sesuai utk ibu mengandung... bkn semua ubat batuk boleh makan.

VIP Member

Buah lemon hiris nipis + bwang putih + madu smpn dlm bekas semalam... Esok pagi ambik 2 sudu minum cmpur ngan air

sy tak pasti lah sis tapi tak silap kalau tgh preggy better elakkan makan ubat batuk ni unless saranan doctor

Sy pun tgh batuk teruk sis doc mmg xbg ubat.. just ubat demam je.. doc suruh minum air lemon + madu je sis..