Hb low, gbs +ve, gdm

Sy pregnant week ke 24, ada problem low Hb, gbs +ve dan gdm. Yg low Hb baru tkr Iberet dlm 3 mgu sbb Ferrous Fumarate tak sesuai (makin tmbh dos, smkin krg Hb). Minggu dpn baru ambil darah utk tgk Hb okay tak slps sebulan consume Iberet sebulan. Ni br tahu lg 2 pula gbs dan gdm. Down sikit sbb mcm mana nak cater 3 problem ni serentak. BMI 20.4. Normal.

2 Balas
 profile icon
Tulis jawapan

Saya tak tahu pasal GBS, tapi saya boleh jawabkan untuk GDM dan HB. GDM dan HB low kena jaga pemakanan. Dua-dua ni awak boleh amalkan diet suku suku separuh untuk jaga dua2 sekali. Kurangkan makan processed food macam burger, hotdog etc sebab kurang nutrisi dan bacaan BSP pun tak cantik nanti. Makan makanan mengandungi zat besi seperti daging, hati ayam, sayuran berdaun hijau dll. Makan buah yang mengandungi vitamin C untuk bantu penyerapan zat besi. Kurangkan makanan kafein macam kopi, teh, coklat. Makan ubat haematinik contohnya Iberet dengan jus buah buahan yang ada vitamin C seperti jus oren, jus limau kasturi (yang ni titiskan je limau kasturi ke dalam air tanpa ada gula). Jangan makan ubat haematinik dengan minuman bersusu. Kalau nak minum minuman yang bersusu, jarakkan dua jam sebelum/selepas makan ubat haematinik. Untuk GDM, boleh rujuk risalah diet diabetes, ada ditunjukkan porsi pertukaran karbohidrat untuk ambil setiap makanan utama dan snek. Pamphlet: https://ezpamphlets.wordpress.com/wp-content/uploads/2020/01/diet-diabetes-2.pdf https://ezpamphlets.wordpress.com/wp-content/uploads/2020/02/sukusuku_separuh_brochure_bm_bi.pdf

Baca lagi
6mo ago

Satu lagi, elak makan luar. Better masak sendiri, buat suku suku separuh. Even better, nasi guna beras parboil utk bacaan gula optimum. Saya ada GDM, jadi saya maintain food diary sampai hari ni (esok dah admit wad). Dari situ, perasan apa trigger gula tu. Nasi dah masak beli di kedai pun memang jenis byk kanji (gula akan naik). Makan ikan pun akan bantu HB. Lately rajin makan ikan (dan jarakkan hematinik dgn susu kambing asli), HB saya naik dpd 11 ke 12.8. Ni dpd homework sendiri sepanjang pregnant & doktor review food diary & bacaan gula saya.

TapFluencer

GBS +ve tu abaikan je sis. tak ada kesan pun pada pregnancy awak sekarang. GBS ni problem bila nak bersalin nanti je. awak ada GBS +ve sekarang tak menentukan awak akan GBS +ve waktu nak bersalin nanti.