ULTRASOUND

Sy nak tnya pendapat ibu² yg hamil la, skrg sy 17w.. last sy scan masa 10w, bulan 4.. sy ingat nak scan detail 18w nnti tapi masa ckp dgn mak, mak ckp tunggu doktor kat kk je scan, plus next scan kt kk bulan 7 ni je.. tapi tak sabar nak tahu jantina dan nak tgk baby 🥺.. ultrasound tak elok sgt katanya kt baby.. mak dulu pun scan masa kt kk je tu yg 7 bulan baru tahu rupanya mengandung kembar 😂 ini adik bongsu kembar ni Nak tahu juga pendapat ibu².. #firstbaby

16 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

Kalau ada bajet lebih bagi saya tak salah pun untuk scan private, sebab kadang dekat private ni bayaran mahal tapi gambar scan lebih jelas. Dan bagi saya details scan dekat private lebih details. Tentang tak elok scan banyak kali, so far saya tanya pada nurse kk yang handle saya, dia kata no problem pun cuma kena ready duit je. Dia kata dia sendiri pun prefer scan luar sebab kk kadang mesin kurang jelas and jarang scan. Untuk yang ada anxiety macam saya ni memang sebulan sekali pergi scan hehehe sebab risau. Oh ya, kebanyakkan kk akan scan baby pada awal kehamilan masa nak buka buku dan pada usia 28w+ sahaja. Setakat ikut kk saya, sepanjang pregnant cuma 2-3 kali je scan perut. Apapun ikut pada bajet dan keputusan awak okay. Semoga dipermudahkan segala urusan 🌼

Baca lagi
3y ago

kalau rasa nak pergi, ada bajet, pergi je awak swasta, seronok tahu doktor tunjuk tulang peha baby sambil tengok baby gerakgerak. Masa saya details scan, doktor scan muka, duadua tangan dia tutup muka, bila doktor kata kita tengok gender dulu, tangan baby tu ikut scanner gerak tutup private part dia, mengucap panjang doktor, semua ketawa je 😂 Lagi satu, suami boleh masuk dekat swasta, suami saya lepas first time ikut masuk bilik scan, dengar hearbeat baby, terus berubah, makin ambil berat, saya nak basuh pinggan pun dia kata biar dia buat, suruh kita baring je. Kita boleh include sekali suami dalam pregnancy journey kita. Baru dia rasa makin dekat dengan baby tu juga nanti. Paling seronok, ada swasta yang bagi print out gambar baby, jelas gitu. Boleh simpan dalam buku buat tenung setiap kali rindu baby, nak record dalam bilik scan tu pun selalunya swasta boleh, nanti kalau taknak selalu scan, at least awak boleh tengok ulangulang video tu. Sambil buat kenangan. Esp bila anak first ni