ULTRASOUND

Sy nak tnya pendapat ibu² yg hamil la, skrg sy 17w.. last sy scan masa 10w, bulan 4.. sy ingat nak scan detail 18w nnti tapi masa ckp dgn mak, mak ckp tunggu doktor kat kk je scan, plus next scan kt kk bulan 7 ni je.. tapi tak sabar nak tahu jantina dan nak tgk baby 🥺.. ultrasound tak elok sgt katanya kt baby.. mak dulu pun scan masa kt kk je tu yg 7 bulan baru tahu rupanya mengandung kembar 😂 ini adik bongsu kembar ni Nak tahu juga pendapat ibu².. #firstbaby

16 Balas
 profile icon
Tulis jawapan

Kalau ada bajet lebih bagi saya tak salah pun untuk scan private, sebab kadang dekat private ni bayaran mahal tapi gambar scan lebih jelas. Dan bagi saya details scan dekat private lebih details. Tentang tak elok scan banyak kali, so far saya tanya pada nurse kk yang handle saya, dia kata no problem pun cuma kena ready duit je. Dia kata dia sendiri pun prefer scan luar sebab kk kadang mesin kurang jelas and jarang scan. Untuk yang ada anxiety macam saya ni memang sebulan sekali pergi scan hehehe sebab risau. Oh ya, kebanyakkan kk akan scan baby pada awal kehamilan masa nak buka buku dan pada usia 28w+ sahaja. Setakat ikut kk saya, sepanjang pregnant cuma 2-3 kali je scan perut. Apapun ikut pada bajet dan keputusan awak okay. Semoga dipermudahkan segala urusan 🌼

Baca lagi
2y ago

kalau rasa nak pergi, ada bajet, pergi je awak swasta, seronok tahu doktor tunjuk tulang peha baby sambil tengok baby gerakgerak. Masa saya details scan, doktor scan muka, duadua tangan dia tutup muka, bila doktor kata kita tengok gender dulu, tangan baby tu ikut scanner gerak tutup private part dia, mengucap panjang doktor, semua ketawa je 😂 Lagi satu, suami boleh masuk dekat swasta, suami saya lepas first time ikut masuk bilik scan, dengar hearbeat baby, terus berubah, makin ambil berat, saya nak basuh pinggan pun dia kata biar dia buat, suruh kita baring je. Kita boleh include sekali suami dalam pregnancy journey kita. Baru dia rasa makin dekat dengan baby tu juga nanti. Paling seronok, ada swasta yang bagi print out gambar baby, jelas gitu. Boleh simpan dalam buku buat tenung setiap kali rindu baby, nak record dalam bilik scan tu pun selalunya swasta boleh, nanti kalau taknak selalu scan, at least awak boleh tengok ulangulang video tu. Sambil buat kenangan. Esp bila anak first ni

saya adalah ibu yg selalu pergi scan bby kat swasta 🤭 sbb saya pernah kehilangan bby dalam kandungan usia 5 bulan thn lps . jadi untuk kandungan kali ni , cirit birit lebih 2 hari saya dh pergi scan bby , saya dmm sakit perut kat ari ari pun saya pergi scan bby . paranoid tu ya juga sbb bby saya 5 bulan heartbeat takda th lps . dan saya bt details scan siap siap sbb saya takut apa apa jadi kat anak saya sbb saya kurang makan sbb penat kerja . sampai checkup o&g pun kena perli suka sgt scan katanya membazir je . sbb saya mmg letak gambar scan th kat buku pink . saya kata takpa la mahal sikit tapi saya teramat puas hati

Baca lagi

Tadi saya pergi KK, tapi doc tak scan pun. Sbb last scan sy dkt clinic private dalam 9weeks, sekarang dah 16 weeks. So doc KK cakap, tak perlu scan sbb lebih kurang je 9 weeks & 16 weeks. Lepastu saya pergi je private clinic, berbeza 9weeks dgn 16 weeks. Baby dah cukup sifat, active! Tendang sana sini lagi. Mmg seronok tengok! Kalau ada bajet lebih, pergi je swasta. Sbb kita dpt second opinion doctor. Doctor explainkan air ketuban, kira ukuran baby, cuba tgk gender & sebagainya.

Baca lagi
2y ago

sbnrnya lebih nak tahu details baby, nak tgk keadaan dia.. in shaa Allah nanti sy pergi.. doc swasta ni mmg akan cerita details kat kita, seronok kita dgr kan.. thank you sis

Kalau macam saya, memang saya terus buat buku di klinik swasta & setiap kali checkup terus dapat scan & gambar. Dr pun bagi tengok lama2 degupan jantung & pergerakan bayi and boleh rakam kalau nak if husband tak datang sekali. If swasta Dr pun akan set time checkup and scan tu time yang baby bangun bila dah start kena Kira kick step baby. Detail scan 20 minggu pun terus dapat CD & video 3D baby dalam 30 minit macam tu untuk simpan sendiri (tapi ni tengok budget sendiri juga).

Baca lagi

Apa yg saya tahu ultrasound tak ada masalah pun buat banyak kali cuma prepare duit saja lah. Last week saya pergi kk utk scan 20weeks, doktor tak check pun jantina. Saya ada request utk check tapi doktor cakap awal lagi tak boleh detect lagi. Rasanya kalau pergi private dah boleh detect dah, faham2lah scanner dekat kk macam mana. Kalau nak tau gender dan condition baby eloklah buat detail scan dekat private sebab lagi jelas.

Baca lagi
2y ago

betul sy pun setuju. sy scan baby even 9 weeks pun gi private doktor cerita best je.. tapi kk takde ckp apa pun 😅

ultrasound selamat utk baby.. cuma kerap scan, duit je kene standby banyak sket 🤣🤣 detail scan bukan sekadar check jantina, tapi check semua organ bayi dan detect kalau ada abnormality. for me, highly recommended buat 19 - 22 weeks. nak tgok muka baby buat 3d, 4d, 5d within 28-31 weeks.

Awak kena tau apa itu detail scan. Detail scan bukan stakat check jantina ye. Byk kepentingan detail scan. KK xde buat detail scan pun.. kalau hospital pakar gov mybe ada. 18w kalau ada rezeki patut buat je. Pd sy detail scan sgt la penting. Jauh lg baik dri scan kt KK. Ofcourse lebih detail.

TapFluencer

kalau mommy ade bajet lebih boleh je buat detail scan. sbb boleh tau keadaan baby and boleh tau jumlah air ketuban kite. lagi 1 kalau ade mslh dgn baby, boleh detect awal, boleh refer pakar awal. sye 20w nanti bru buat detail scan. sbb 18w ni kdg² bby malu² lagi nak tunjuk gender.

jangan harap kk akan bgtau jantina baby kita ya.. dia msti suruh pegi scan kt klinik bayor.. pastu scan detail xmembahayakan.. sbb dr situ lah kita boleh tgk details baby kita.. tpi slalu nya doc akan prefer 27 mggu mcm tu klu nk buat details scan..

Boleh je scan baby kat swasta, saya pun setiap 4 minggu camtu gi scan private sebab best tengok baby dah makin membesar, dapat tau gender awal. Time scan pun baby gerak2.. boleh record buat kenangan nanti 🥰