saya baru lepas sembuh dari demam+selsema , kalau badan panas mandi dengan air sejuk biar panas cepat hilang , selsema saya selalu minum perahan air limau tanpa gula untuk dan batuk pulak saya minum air panas suam2 sikit atau berkumur dengan garam nak matikan kuman .. saya tak pernah minum ubat kalau mengandung , saya buat macam ni alhamdulillah saya sembuh .. kalau hidung sumbat tidur tu tinggikan kepala dan sapu vicks kat hidung serta dada depan belakang , kalau ada kahak kena buang ..
sy baru lepas baik demam & selsema batuk. Alhamdullilah amalkan air lemon suam, minum air masak juga..kalau demam teruk boleh makan panadol tapi jarakkan 8jam pengambilan seterusnya. selsema batuk nasib sekejap saja..selera makan je jadi kurang
makan strepsil. beli ubat selsema kat farmasi, bgtau pregnant. minum air masak bnyak2. saya kalau selsema je mesti sakit tekak sbb hingus tu. bila sakit tekak je rasa nak demam. so saya minum air masak bnyak2 bg hilang sakit tekak ngn selsema
Cek c19 test dulu... elakkan makanan yg buat mcm tu: makanan pedas, rempah bergoreng. minum air kosong secukupnya. makan buah-buahan... pantau suhu. kalau demam, jumpa doktor