Anak ramai

Sy ibu kpd 5org anak.. Berumur 38thn...sy dah lewat 2mggu period.. Sy dpt rasa kan yg sy telah mengandung.. Tp saya sgt2 keliru.. Sbb anak dah ramai.. Apa perlu sy buat.. tapi sy malu dan rasa taknak mengandung lagi.. Ada ke kata2 motivasi utk saya..anak yg last pun dah 5thn..apa perlu sy buat ye?

35 Balas
 profile icon
Tulis jawapan

Sebagai seorang ibu kepada lima orang anak, anda mungkin merasa terkejut dengan kemungkinan kehamilan setelah lewat dua minggu daripada tempoh haid terakhir. Apabila anak-anak anda sudah ramai, mungkin anda merasa was-was untuk menghadapi kehamilan yang baru. Anda tidak perlu berasa malu atau tertekan. Berikut adalah beberapa kata-kata semangat untuk anda: 1. "Setiap kehamilan adalah anugerah yang diberi kepada kita. Meskipun anak-anak kita sudah ramai, setiap individu yang akan datang adalah cahaya baru dalam keluarga." 2. "Jangan melihat ramai atau sedikitnya anak sebagai halangan. Setiap anak adalah berkat yang membawa kegembiraan dan cinta yang melimpah." 3. "Kekuatan seorang ibu tidak terhingga. Anda mampu menjaga dan memberi kasih sayang kepada setiap anak dengan penuh cinta." 4. "Jangan biarkan keraguan menghalang anda dari menerima berita gembira kehamilan. Percayalah, anda mampu untuk menjalani peranan sebagai ibu dengan penuh keyakinan." Adalah penting untuk mengambil tindakan pada masa yang sesuai, sama ada itu membuat temujanji dengan pakar kesihatan atau melakukan ujian kehamilan. Pertimbangkan juga untuk bercakap dengan pasangan anda tentang rasa ragu-ragu dan kebimbangan anda. Anda tidak perlu merasa sendiri dalam situasi ini. Semoga anda akan menjumpai ketenangan dan keputusan yang terbaik untuk diri anda dan keluarga. https://invl.io/cll7hzz

Baca lagi

hi sis saya pun ank 5 org dan berumur 36 taun..dan skrg tgh tggu hari nak bersalin ank ke6.. sis jangan rasa down ya..tiap ank yg dikandung adalah rezeki dr Allah... memang mula2 rasa down kdg org terdekatlah skit2 menyinggung perasaan..tp sis abaikan saja.. yakin anak2 yg d kandung adalah amanah dr Allah... sis kena kuat..sis kena kuat fizikal dan mental utk ank2 sis.. yakin Allah bg rezeki ank mksd kita mampu..mampu x semestinya dr segi ekonomi..mampu dr aspek lain... Allah tdk akan membebankan hambaNya luar kemampuan.. Allah bg mksd ada rezeki lain Allah nak selitkan bersma ank yg bakal lahir..yakin dgn Allah ya sis... tiap ank yg lahir masing2 ada rezeki dan x akan membebankan kedua org tuanya...dan jangan malu ya..bkn laki org pun..laki sdri pula..jangan pikir apa org akan ckp sis.. 🤗 selagi laki sis ok..maka tiada masalah...

Baca lagi

Puan, i am nobody tapi ni perspektif peribadi saya. Saya dah nak masuk 30series. Tapi kalini my second pregnancy and anak yang sulung in shaa Allah. Puan, syukur pada Allah bagi rezeki anak ramai untuk puan. Sedangkan saya, masih bertatih2 menunggu kandungan ni melepasi fasa fragile. Saya nak sangat anak tapi Allah tak bagi masa tu. Rezeki untuk puan, anak2 dah besar. Boleh uruskan diri sendiru dah pun tu. In shaa Allah, anak2 yang sekarang boleh bantu puan dalam menguruskan adik dorang yang baru ni nanti. At least, kurang bebanan puan. Dari segi kewangan, saya taktau. Saya doakan, rezeki puan sekeluarga sentiasa ada dan mencukupi untuk besarkan anak2. Dari segi mental/emosi, saya harap puan baik2 saja. If you need help jangan malu datang ke depan minta bantuan ❤️ Tolong jangan malu ya. Puan masih muda tu ❤️

Baca lagi

Assalamualaikum... sepupu saya anak no7 tahun ini umur dia 38 tahun. dia cakap ada rezeki nak bersalin lagi sebab mak dia bersalin adik dia umur 43 tahun. keluarga kami besar, anak nenek 12 orang. jadi keluarga kita orang x kisah. yang penting kewangan kukuh dan ibu sihat. anak ramai rezeki PON dipermudahkan. saya umur 38 PON harap ada keajaiban untuk hamil lagi anak no4 . suami baru saya nak zuriat sendiri. tak payahlah malu. mulut orang memang tak boleh ditutup. masuk telinga kanan keluar telinga kiri. bukan Dorang yang tanggung awak tetapi suami.

Baca lagi
2w ago

saya yang diatas, syukur alhamdulillah sekarang dah hamil

klau dah ada x perlu buang..tp y sis perlu buang adalah perasaan malu tu.Nabi pun suka kite ramaikan umatnya.sis xde masalah kesihatan kan..xde masalah kewangan jgk.klau sis mmg dah rancang xnak peknen..sis dah double triple x sblm ni dlm merancang keluarga.sy pun umo 38..ank 7.d beri rezeki aritu bb skarang umo 9 bln.sy x kisah pun org pandang..org Kate bile bawak kemana2 berderet ank.sbb Allah dah ttpkan rezeki pd sy.xde pun rasa malu

Baca lagi

tak payah malu puan.. ramai je yg datang ke hospital umur lanjut..anak banyak ank 7, 10, 12 orang... yg prnting awak jga kesihatan, berdaftar ke klinik.. berklinik awal sblm usia kandungan 12bln.. klau dh tau mngandung, tp kalut fikir risau .. itu satu lg mslh lain nnt.. (masalah fikiran).. nnt stress pla, atau anxiety.. effect pla kat diri atau kat baby klau stress.. lbih baik bertenang je.. sbb klau Tuhan dh berkehendak awak ada anak lg, itu amanah dan rezeki Tuhan bg

Baca lagi

sis percaya pd rezeki Allah. sy now 35tahun . ank nk masuk 7org..hujung bulan ni due sy. mula mmg sedih tp tu la lama2 nk sedih smpai bila. asyik pndang muka ank yg kecil tu risau die xdpt kasih syg sbb kecik lgi. tp lama2 sy redha.. semoga ank2 ramai ni asbab rezeki kami lagi luas. menjak preggy ya ni rezeki sy xpernah2 putus. duit, hrta,kesihatan,semua bertambah2.. tp kdg2 bila tgh preegy usia senja ni main dgn jiwa sndri lah... emosii xabis2

Baca lagi

Alhamdulillah sis..xperlu malu pun..sy umur 39thn...rezeki Allah nak bg anak no.4. Yg last umur 5thn. Alhamdulillah. Sy xrasa org mengata pun. Mmg rasa dh xlarat. Tp byk² berdoa jela. Alhamdulillah tgu hari nak bersalin dan tiada apa-apa masalah. GDM pun xde sangkut. Cuma Hb dr anak pertama low sb Talasemia carrier. Tp last amek drh hb 11.2 ☺️ Insha'Allah ada hikmah Allah bg rezeki lg tu. Kehendak Allah pasti yg terbaik.

Baca lagi

Sy fhm perasaan puan , sy berumur 29tahun . Skrg sy mengandung anak yg ke5 . Mmg akan jd bahan bualan/ejekan . Tak apa puan , anak tu rezeki dlm bentuk amanah untuk kita . Sy dah suami pun tak merancang untuk ada anak lagi . Tp siapa kita nk menghalang kuasa tuhan . Percaya lah puan , tuhan takkan bagi kalau kita tak mampu . Sending love ❤️

Baca lagi
4w ago

samalah saya belum bersedia nak mngdung tapi dah rezki Allah nak bagi kena terima.8mnggu1hri. anak ada 3orang anak paling kecil 2thun 3bulan lebih...dah la masih menyusu badan.saya rancang sendiri tak makan ubat.saya xbgi tahu sape2 LGI mngdung,suami je tahu.tggu 3 bulan keatas buleh bgthu kluarga

jgn malu sis rezeki anak allah yg bgi ... biar apa org nk ckp mulut org memang mcm tu klu tempayan kita blh tutp tpi manusia sis ... sy ni 32 thun anak 5 nk msuk 6 skrg tgh mengandung dijangke bersalin 16/8 ni..wlupon misi bisng² umur muda anak da ramai .. cuma satu je sy jwapan rezeki allh bg pakai la perancang apa pon klu da trtulis dpt bby ttp dpt .. kita rncang tpi allah yg tentu kn sis...

Baca lagi