37 minggu 4 hari
Sy first time mom. Lain orang lain tanda2 nak bersalin kan. Sy ada keluar tanda hari semalam (17/12/2024), dah pergi checkup , then dr cakap jalan masih belum buka. Dr tiada buat scan. Jawapan dr agak tidak memuaskan hati sy berikutan dr itu nmpk muda. Sy beranggapan beliau kurang pengalaman. Tanda sy ada lah mucus plug ada sedikit darah. Sy tiada rasa sebarang contraction. Tapi perut sy mengeras ngeras itu ada. Bukan satu bahagian perut sahaja. Biasa nya keras di bahagian tengah perut. Apa perlu sy lakukan? Adakah tunggu atau esok perlu checkup lagi untuk kepastian?



