Usia Kandungan

Hi.. Sy Baru Nikah 3 Minggu Tp Knpa Usia Kandungan 7minggu

11 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan
Expert

Salam sejahtera puan, untuk makluman anda, usia kandungan atau usia kehamilan dikira dari hari pertama haid anda yang terakhir. Oleh sebab itu anda dapati ia tidak sama dengan tempoh perkahwinan anda. Anda tidak perlu risau kerana ini adalah normal. Walaupun hubungan seks dan persenyawaan telur dan sperma berlaku kemudian, usia kandungan tetap dikira dari hari pertama haid terakhir anda. Jadi usia kehamilan itu tidak menunjukkan tarikh anda melakukan hubungan seksual. Anda boleh layari www.DoctorOnCall.com.my untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang sebarang masalah kesihatan atau bercakap dengan doktor bertauliah secara atas talian. Terima kasih.

Baca lagi