Normalkah bila rasa taknak anak yang dikandung?

Sy baru nak masuk 12w. Alahan agak teruk sampai keluar masuk ward. Ulang alik KK. And masalah2 lain seperti GDM. Saya hari2 nangis sebab rasa penat mental dan fizikal. Dan bila dah asyik kena cucuk drip, lagi rasa tak larat sampai ada terfikir dah taknak baby ni sebab saya rasa sakit sangat. And kadang saya terfikir saya tak sedia lagi. Saya takut nanti perut makin membesar, saya akan semakin sakit. Belum difikirkan lagi saya takut nak push waktu bersalin. Normal ke kalau rasa takut dengan semua tu?#pleasehelp #seriusnanya

29 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

Memang normal perasaan sis tu… tetapi dari pengalaman I, kita sabar dan terima cabaran ini. Selepas tiada alahan, sis akan slowly start connect with baby dan menikmati pregnancy journey ini. I pun masuk keluar hospital pada permulaan pregnancy. Banyak kali mahu give up sebab derita teruk. Husband pun ada cadangkan untuk gugur. Nasib baik kita tahan.. sekarang dah dekat bersalin. Yg penting saya ingin ucapkan yg it’s normal as humans to fear the unknown. Conquer the fear and you’ll emerge as a better person. Baby ini ialah rezeki dan rahmat. Stay strong, sis. Saya yakin sis tabah! 💗

Baca lagi