Help me.. buntu sgt anak tak nak makan dan minum susu botol.

Hi supermom, boleh bantu bg nasihat atau pandangan x. Anak sy setahun 2bulan, sejak dia mula boleh makan sehingga skrg mmg jenis xmakan dia nak breastfeed je . Sy ibu bekerja jdi pg dan mlm shj boleh bg direct. Anak sy xnak lgsung susu formula dan xnak makan bila duk rumah mak. Susu formula dh tukar mcm2 dan brand botol pon sama. Masih x jalan. So sy decide hntar taska. Sy ingtkan bila bersama kwn2 nafsu nak makan akan ada, tp sy silap. Sebijik makanan pon xnak jamah. Klau rumah mak aritu makan la jugak wlaupun byk kali reject. Bila hntar taska asyik nangis dan tido sbb kepenatan. Kesian satu hari suntuk xmkan x minum. Tcer dia pon xtau nak buat mcm mana , xboleh nak fokus dia sorg sbb 1tcer kena jga 3lg anak lain. Hmm

2 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

harao dapat membantu, mungkin puan boleh cuba: 1. buat oral stimulation setiap hari. urut muscle2 mulut anak. saya pakai suzuran oral wipes gosok lelangit anak, pipi gusi2 seluruh kawasan dalam mulut. 2. dapatkan vitamin D, boleh bawa anak keluar kena cahaya matahari waktu pagi.kalau tak sempat, cari vitamin D drops untuk baby. 3. saya beri anak multivitamin syrup. Brand Seven Seas. sebab brand ni sahaja yang tekak anak saya boleh terima. pernah cuba beri brand vitahealth yang ada lysine, tapi anak tak suka rasa dia hujung2 agak pahit. lps ambil multivitamin beberapa hari nampak anak saya dah ada selera nk makan berat nasi atau bubur. 4. jika ada masa dalam sehari puan cuba 1 kali sesi messy eating dengan anak, ala2 BLW jugalah tapi puan suap anak juga dalam masa yang sama. jadikan sesi makan playful bukan stressful. agak meletihkan sebab nk kemas selepas sesi makan, tapi puan cuba masa makan malam atau sarapan pagi. Alaskan lantai dengan Playmat supaya lebih mudah dikemas. anak akan rasa nk bermain dengan makanan, perlahan2 anak akan suap makanan ke mulut sendiri. tapi cara ini ambil masa bukan sekali cuba menjadi. 5. variasikan menu baru. macam anak saya cepat jemu dengan menu sama, jadi olah2 makanan atau tukar suasana. kadang2 saya bawa anak makan di luar rumah. 6. Last sekali, jika semua tak menjadi jangan tunggu lama2 buat appointment dengan dietitian/pegawai pemakanan di Klinik kesihatan/hospital swasta pun ada untuk dapatkan konsultasi. sebab risau jika ada kesan dalam pertumbuhan anak.

Baca lagi
6d ago

Terima kasih byk… info ni byk sgt membantu. Nt sy nak cuba. Hrp2 anak boleh terima. Tgh risik2 jugak vitamin tp xtau mana sesuai utk anak 1thn. Nt nak cuba cri. Tqq yaa

Alahai siannya baby… anak saya sakit x mau makan berapa hari pun saya dah risau.. cuba try messy eating tu..menjadi untuk anak saya. And kena kerap offer makanan walaupun dia xnak. Nnt slow2 dia akan terima..Pelbagaikan texture.. anak saya ada masa nk makan mi shaja nasi xmau. Kadang ada fasa nk susu aje.. semoga dipermudahkan sis..

Baca lagi