Berpuasa ketika hamil

Since ramai first time mommy tanya pasal puasa tak lama lagi ni, saya nak share pengalaman puasa ganti semasa baru masuk 3rd trimester ni. Cukup 8 hari saya ganti puasa. Saya takde masalah kesihatan lain, kecuali gastric & hb low. Bila tanya doctor, dia kata seeloknya cuba puasa. Awak pun takde masalah pape. Dalam 8 hari tu, 1st day mmg lemau sangat. Selalunya kalau angin saya muntah teruk, tapi sepanjang puasa takde lansung. Dgn kena drive 40min pergi/balik kerja mmg letih betul. Yang peliknya, time puasa la baby lagi aktif. Macam nak bagi tahu yg dia ok je so tak perlu risau. (Atau marah sbb lapar ke entah la 😅). Ada 2 kali jugak saya checkup dan scan semasa sedang puasa, Alhamdulillah doktor pun kata semua ok dan takde masalah dgn baby. Menu sahur saya pun simple. Lepas test sahur macam macam, apa yg buat perut saya tahan ialah: Kurma 3-5 biji Oat secawan Salad buah + sayur + telur Air madu dan air masak secukupnya *makanan tinggi fibre boleh bantu perut kenyang lebih lama. Zincofer pun saya makan sekali time ni. Kena ingat ye mommy semua, WAJIB berpuasa bagi wanita mengandung kecuali yang memberi mudarat kesihatan kepadanya atau kandungan. Bagi yg ada gdm, pregnant kembar, ada risiko lahir premature sebab baby kecik dan penyakit yg mmg tak disarankan berpuasa oleh doktor tu mmg tak boleh. Kalau tak kita wajib niat puasa, bangun sahur dan cuba berpuasa. Kalau tetibe sakit atau rasa sesuatu jadi pada kandungan (kurang gerak dan sebagainya), baru takpa untuk berbuka. Kena ganti dan bayar fidyah la lepas tu. Boleh tengok link dibawah untuk reference mommy semua. https://community.theasianparent.com/q/ibu2-boleh-rujuk-penerangan-ustaz-azhar-idrus-di-link-youtube-ni-ya-httpsyout/3874646?d=ios&ct=q&share=true https://my.theasianparent.com/selamatkah-berpuasa-ketika-hamil/?utm_source=search&utm_medium=app Selamat menyambut Ramadhan yang tak lama lagi ni. Moga kita semua kuat untuk menjalani ibadah puasa yang diwajibkan oleh Allah swt ✨ #sharingiscaring #pregnancy #firstbaby

 profile icon
Tulis jawapan
Jadi orang pertama untuk membalas!