Puasa untuk ibu mengandung

Ibu2 boleh rujuk penerangan Ustaz Azhar Idrus di link youtube ni ya https://youtu.be/qGIWamRWuGY Tak semua ibu arif tentang hukum agama. Kita faham. Cuma jangan sampai menghasut ibu lain untuk tak puasa di bulan Ramadhan walaupun TIADA MASALAH KESIHATAN. Mengandung bukan sakit ya. Jadi, alasan tak puasa @ berbuka sebab mengandung tak valid. Mesti ada alasan yang lebih kukuh. Bukan menghukum. Cuma berkongsi hukum agama yang sebenar sebab sedih tengok komen2 ibu2 tentang puasa ni. Seram nengoknya. Mungkin kita memang ada masalah kesihatan. Tapi jangan komen terlalu simple like ‘saya tak puasa nanti sebab mudah lapar’. Boleh timbulkan salah faham pada ibu lain. Yang kurang arif tentang agama akan fikir ‘ohh..kalau lapar pun boleh berbuka lah ya’. Padalah tak mengandung pun lapar kan? Akhir kata, rujuk penerangan ustaz di youtube ya. Agama ni mudah tapi kita tak boleh memudahkan sesuka hati. Anak2 kita Allah yang pelihara. InsyaAllah kalau takde komplikasi, berpuasalah seperti biasa.

4 Balas
 profile icon
Tulis jawapan

Betul. Setuju. Benda ni tak boleh ambil mudah. Kalau memang memudaratkan untuk ibu dan anak baru diberi kelonggaran. Kalau takde masalah kesihatan lain, kena cuba jugak berpuasa dulu. Bukannya, ‘oh orang kata nanti baby perlu nutrient yg cukup kalau tak makan nanti kesian dia’. Rujuk pada pakar perubatan untuk tahu condition badan masing masing. Rujuk juga pada pakar agama untuk hukum berpuasa. Bukan buat hukum sendiri atau ‘dengar orang kata’. Semoga ibu ibu semua diberi peluang berpuasa tanpa sebarang komplikasi InshaAllah.

Baca lagi
2y ago

Betul.. itulah maksud saya.. Terima kasih atas komen puan 😊

“Wanita hamil dan ibu mengandung yang tidak berpuasa tanpa keuzuran adalah berdosa kerana meninggalkan ibadah yang DIWAJIBKAN ke atas mereka.” “Dan jika ibu yang menyusu bimbang kekurangan susu kalau berpuasa dan yang hamil bimbangkan mudarat kepada kandungannya kalau berpuasa maka keduanya boleh tidak berpuasa dan wajib qadha dan membayar kafarah.” https://my.theasianparent.com/buka-puasa/

Baca lagi

btul tu..sbb tu kite kna berpuasa jgk..klau tb2 tgh pose sakit y mudarat dtg cnth cam sy bile smpai tghri tu tb2 dtg contraction non stop mse tu 8 bln..bb x gerak smpai ptg..sakit perut xleh bwk bincang n trpksa brbuke tkut memudaratkan sy ngn bb..tp sy tetap pose esokknya.sbb kite xtau kondisi kite camne mgkin dah blh pose..badan dh blh trime

Baca lagi
2y ago

Sy prnah jgk tinggal puasa sehari sbb gastrik yg teruk smpai naik ambulan ke hospital. Esoknya sy sambung puasa mcm biasa sbb sakit haritu je😊

Faham.. ada masanya ilmu yg kita dh sedia maklum pun kena refresh balik.. terima kasih share link.. semoga puan dpt pahala berterusan dgn ilmu yg disebarkan