sy pernah keguguran 6 bulan selepas kahwin pada 2014. masa tu kandungan br berusia 7minggu. kami anggap tiada rezeki lg pd waktu tu.
sy pregnant semula 5 thn kemudian (2019). alhamdulillah, Allah berikan rezeki anak pada tepat masanya. dlm ms 5thn tu, arwah ayah & arwah bapa mertua tidak sihat. kami take turn jaga kedua2 arwah. sy rasa kalau sy pregnant dlm 5thn tu mungkin kami x ada masa utk menjaga mereka berdua kerasa sibuk dgn keluarga dan anak. alhamdulillah, walaupun belum dikurniakan anak, kami dpt menjaga mereka, bw mereka bercuti disamping honeymoon berdua.
apa yg sy cuba sampaikan, jangan kecewa sekiranya xdpt zuriat lg, Allah dah aturkan yg terbaik utk kita. ada hikmah di sebalik setiap yg berlaku. InsyaAllah ade rezeki utk sis nanti, cepat atau lambat je. 😉
Baca lagi