asthma pregnant 8 minggu

siapa ada pengalaman asthma masa tgh pregnant? saya memang asthma dari kecik,skrg tiba2 demam pstu semput g hospital check...ada effect apa2 tak? skrg memang guna inhaler... saya risau🥺 doakan kandungan saya sihat. terima kasih respon🤍#firstmom #firstbaby #ingintahu #bantusharing

7 Balas
 profile icon
Tulis jawapan

sy baru 2 minggu kluar hosp sbb astma masa preggy.. kebetulan msa tu checkup bulanan kat hosp.. saja cerita kat doc yg sy kerap kne astma msa preggy ni sedangkan last sy kne attack msa umo 18 tahun.. bila preggy ni mkin mnjadi jadi pulak astma.. doc x cita bnyak trus msuk wad sbb bila kita x cukup oxygen.. automatik baby pon x cukup oxygen.. seminggu lebih lah kne peram kat hosp sbb astma pstu nnti dia kasi inhealer yg lagi kuat.. namanya symbicort (x tahulah nk eja camna) 🤣 satu lagi.. jgn amik smbil lewa ya bila astma ni. doc pakar kata kadang boleh jadi sbb darah pekat.. bila darah pekat naik ke paru paru tu yg rasa x cukup nafas.. msa ni kne cpt dptkan rawatan sbb klu darah pekat naik ke otak automatik boleh mati (maaf kasar sikit) sbb tu bnyak ibu mengandung bila meninggal tiba tiba sbb darah pekat dah smpai otak.. jadi kat hosp hari hari kne cucuk ubat cair darah.. fuhhhhh tapi mmg legaaa lah lpstu

Baca lagi

saya asthma daripada kecik & skrg dah bersalin dah. sepanjang mengandung mmg ada je guna inhaler , alhamdulilah sihat anak saya. cuma masa bukak buku pink tlg beri tahu pada nurse, nanti dia akan indicate buku tu warna hijau tak silap saya so awak bawah pantauan & berisiko rendah. setiap kali checkup dia akan suruh kita hembus nafas & akan amik bacaan. ada juga diary asthma yg kita kena keep track seminggu sekali kalau ada asthma attck ke apa. dapat juga bekalan inhaler biru & coklat. coklat tu kena pakai sehari 2x tak silap saya. itu je lah so far rutin sampailah bersalin. Alhamdulilah , sepanjang mengandung cuma sekali je saya kena asthma tapi tak teruk , masa tu 2 bulan preggy. tu pun saya yg gatal2 pergi campur clorox dgn sabun pencuci baju 🤣 lepastu dah takde dah. awak kena kawal apa2 yg trigger asthma awak, tak dinafikan asthma ni memang bahaya kalau kronik. jaga diri & kandungan ye 😁👍🏻

Baca lagi
2y ago

haaa saya baru teringat. beberapa hari saya semput teruk saya ada trhidu klorok kat tempat kerja. start pada tu saya macam makin sesak nafas tapi saya anggap mcm biasa. Allahu. skrg saya kat wad dlm pantauan. alhamdulillah dah makin okay. doakan kandungan saya sihat🥺

VIP Member

sy pun ada asthma..dan bila pregnant spnjng 8 bulan sy mengalaminya..apa doc ajar..stiap kali rs kena attack..trus pam inhaler smpai rs lega..sntiasa bwk ke mana shj pi...effect xdela..tp kita kena always keep alert makanan apa punca kita senang dpt serangan asthma ketika itu..jd kena elakkan mknn yg blh sbbkn asthma berlaku ..nnti bila g chckup mintk doc siap2 stok ubat loratadine dgn ubat batuk yg sesuai tuk mommy preggy makan bila kena asthma..mcm sy dlu bila start selsema atau slh makan..trus makan loratadine...dgn ubat batuk baru rs lega asthma nya..mg puan cpt sembuh dan dpmudahkan segalanya..aamiin..jgn stress2 k..tu pn slh satu punca dan sbb juga blh kita alami asthma attack...take care k 😉✌🏻

Baca lagi

Sy pn ad asma dr kecik. Slama ni terkawal tp msa pregnant ni tiba2 jd x terkawal pulak. Concern sy cuma risau anak dlm perut dpt x oksigen yg secukupnya yela kn kita bila asma kn x cukup nafas. Tp slama cek dr ni mmg dr sruh sentiasa bwa kemna2 pam tu andai ada rs sesak nafas trus guna dgn cara betul. Dr dh ckp bnyk kli juga pd sy yg tiada kesan pd kandungan stakat inhaler tu cuma dia melegakan ruang pernafasan sahaja. Sis jgn risau sbb ni utk kebaikan sis n baby juga. Klu sis x cukup nafas x cukup oksigen fkirkn baby sis juga cukup ker dia yg nk oksigen juga tu. Pape pn semoga sis sentiasa sihat sepanjang pregnant ya. Jgn risau ya sis.

Baca lagi

xde pape pun, boleh je guna inhaler, sy sendiri tanya doktor, kalau asma dtg, inhaler boleh pakai ke, dan dia kata boleh asal ambik pada kuantiti yg sepatutnya.. sy guna inhaler biru ventolin salbutamol.. tekan 2kali bila asma dtg

saya asthma dari kecik dlu pakai chamber dan inhaler , masa menengah dah stop asthma and then awal pregnancy dlu attack asthma balik kalau teruk saya p neb tidur bantal tinggi

Semoga awak dan baby sentiasa sihat aamiin 🤲🏻