Spotting 8 Weeks [Now dah 13 Weeks]

Just sharing journey, first pregnancy. Time ni dah 8 weeks. Spotting ni berlaku pada waktu malam around 12am. Perut pun ada rasa senak sikit. Time ni memang nangis sebab takut miscarriage. Sebab family history, siblings pun awal² susah nak lekat and my old sis pun ada yang miscarriage. So apa saya buat, the next morning, terus pi klinik untuk scan rahim. And time scan tu sy beritahu dr yang ada keluar spotting. Bila scan, kantung ok, baby ok, semua pun okay. Tiada masalah. Dr explain yang spotting di awal pregnancy is Normal if keadaan baby itu normal. Tapi for safety, Dr advise untuk tidak bersama selama 2 weeks and Dr prescribed ubat Duphaston iaitu ubat kuat rahim. Saya telan ubat Duphaston selama 5 hari and stop sebab tiada berlaku spotting selepas 1st spotting tu. Selain tu saya stop makan Duphaston sebab sakit kepala yang teruk. Ada Dr cakap maybe ubat tu tak sesuai dengan saya. Then, saya recall balik apa yang saya buat sehari sebelum and pada hari berlaku spotting itu. Sehari sebelum, saya ada bersama suami. Pada hari berlaku spotting, sehari suntuk saya naik moto, ke hulu ke hilir dengan husband untuk settle urusan. Emosi pun agak terganggu and saya kerap nangis seminggu sebelum spotting. Tiada sebab untuk emosi kecuali just pregnancy hormones. So for first mom, maybe kita akan kalut sedikit if anything like this happen. But be cool, stay cool. And take measures, cepat² pergi klinik if berlaku spotting. But jika berlaku pendarahan yang teruk, better terus pi hospital bahagian emergency. #firsttimemom #Trimester1 #SharingExperience #spotting #pendarahan #ubatkuatrahim

Spotting 8 Weeks [Now dah 13 Weeks]
1 Balas
 profile icon
Tulis jawapan

👍