Sesi Tanya Pakar Bersama Dr Ng Yun Yun, Pakar Neonatal dan Pediatrik, Gleneagles Hospital Penang

Setiap Parents pasti mengalami momen hebat apabila bayi mereka memulakan perjalanan baru dengan tahi bayi mereka. Tetapi tahukah anda bahawa jenis tahi bayi boleh memberikan petunjuk penting tentang kesihatan bayi anda? Ketika tahi bayi menjadi perhatian, timbul persoalan mengenai jenis tahi bayi yang dianggap normal dan yang memerlukan perhatian khusus. Banyak ibu bapa mungkin berasa bingung dan cemas, terutama jika mereka menghadapi sesuatu yang tidak biasa. Jika anda mempunyai semua persoalan atau berada di dalam situasi tersebut, anda wajib ikuti Sesi Tanya Pakar kami pada kali ini. Tanya soalan anda tentang Jenis Tahi Bayi Yang Normal & Tidak Normal bersama Dr Ng Yun Yun, Pakar Neonatal dan Pediatrik, Gleneagles Hospital Penang pada 10 Ogos 2023, hari Khamis. *NOTA: Sebarang persoalan di luar daripada topik dan tarikh yang ditetapkan mungkin tidak akan dijawab atau dipadam terus.

Sesi Tanya Pakar Bersama Dr Ng Yun Yun, Pakar Neonatal dan Pediatrik, Gleneagles Hospital Penang
12 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

Hai Dr Ng, Izinkan saya bertanya , saya first mom dan kurang pengetahuan tentang najis bayi yang normal atau tidak . Bayi saya kini sudah berusia 1 bulan 16 hari. Bayi saya bf + Fm (dupro). Tapi saya lebih banyak memberi susu badan. 1) Normal tak jika bayi saya setiap kali selepas menyusu formula dia akan berak sedikit , dan selepas beberapa jam bru dia berak banyak sedikit? Bayi juga kerap kentut dan terkeluar najis sedikit. 2) Ciri najis bayi saya kuning kecoklatan , tekstur dia cair dan berbiji2 isi. Adakah najis bayi saya normal? Itu sahaja pertanyaan saya , harap dr dapat terangkan..

Baca lagi