Sesi Tanya Pakar Bersama Dr Ng Yun Yun, Pakar Neonatal dan Pediatrik, Gleneagles Hospital Penang

Setiap Parents pasti mengalami momen hebat apabila bayi mereka memulakan perjalanan baru dengan tahi bayi mereka. Tetapi tahukah anda bahawa jenis tahi bayi boleh memberikan petunjuk penting tentang kesihatan bayi anda? Ketika tahi bayi menjadi perhatian, timbul persoalan mengenai jenis tahi bayi yang dianggap normal dan yang memerlukan perhatian khusus. Banyak ibu bapa mungkin berasa bingung dan cemas, terutama jika mereka menghadapi sesuatu yang tidak biasa. Jika anda mempunyai semua persoalan atau berada di dalam situasi tersebut, anda wajib ikuti Sesi Tanya Pakar kami pada kali ini. Tanya soalan anda tentang Jenis Tahi Bayi Yang Normal & Tidak Normal bersama Dr Ng Yun Yun, Pakar Neonatal dan Pediatrik, Gleneagles Hospital Penang pada 10 Ogos 2023, hari Khamis. *NOTA: Sebarang persoalan di luar daripada topik dan tarikh yang ditetapkan mungkin tidak akan dijawab atau dipadam terus.

Sesi Tanya Pakar Bersama Dr Ng Yun Yun, Pakar Neonatal dan Pediatrik, Gleneagles Hospital Penang
12 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan
TapFluencer

hi, terima kasih kerana menganjurkan sesi tanya pakar ini.. saya ada beberapa soalan :- 1) normal kah bayi 6 bulan kebawah tidak berak selama 2 3 hari? bayi sepenuhnya minum susu ibu. 2) setelah bayi start makan perlukah bayi membuang setiap hari? atau normal jika tidak membuang 1 atau 2 hari? 3) normalkah jika bayi 5 bulan tesktur najis cair berwarna kuning? jika tidak normal apa penyebabnya? bayi minum susu ibu sepenuhnya.. 4) adakah warna najis memainkan peranan? itu sahaja pertanyaan saya buat masa ini.. terima kasih 🥰

Baca lagi