Sesi Tanya Pakar Bersama Dr Ng Yun Yun, Pakar Neonatal dan Pediatrik, Gleneagles Hospital Penang

Setiap Parents pasti mengalami momen hebat apabila bayi mereka memulakan perjalanan baru dengan tahi bayi mereka. Tetapi tahukah anda bahawa jenis tahi bayi boleh memberikan petunjuk penting tentang kesihatan bayi anda? Ketika tahi bayi menjadi perhatian, timbul persoalan mengenai jenis tahi bayi yang dianggap normal dan yang memerlukan perhatian khusus. Banyak ibu bapa mungkin berasa bingung dan cemas, terutama jika mereka menghadapi sesuatu yang tidak biasa. Jika anda mempunyai semua persoalan atau berada di dalam situasi tersebut, anda wajib ikuti Sesi Tanya Pakar kami pada kali ini. Tanya soalan anda tentang Jenis Tahi Bayi Yang Normal & Tidak Normal bersama Dr Ng Yun Yun, Pakar Neonatal dan Pediatrik, Gleneagles Hospital Penang pada 10 Ogos 2023, hari Khamis. *NOTA: Sebarang persoalan di luar daripada topik dan tarikh yang ditetapkan mungkin tidak akan dijawab atau dipadam terus.

Sesi Tanya Pakar Bersama Dr Ng Yun Yun, Pakar Neonatal dan Pediatrik, Gleneagles Hospital Penang
12 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

nak tanya anak da 10bulan tapi dia jarang berak, means 3-4hari baru berak. normal ke?, tapi bila berak, najis okay je. bab makan minum okay, tapi tak byk makan la, menyusu je kuat. anak takda kembung perut, still aktif, kerap kentut, just berak je jarang. dia fully bf lagi. dan baru ni juga 6hari dia baru berak, tapi najis masih okay. orang cakap bila anak da start makan kena hari2x berak, saya confuse sbb anak saya tak mcm tuh pun. satu lagi, bila yaa kena ke klinik kalau anak tak berak?, kena tunggu berapa hari yaa?,

Baca lagi
2y ago

Slm sejahtera, Puan .. Maaf kerana lewat membalas untuk soalan puan. Untuk soalan puan, masalah ini perlu dirujuk dengan doktor berhampiran, kerana doktor akan mengenalpasti apa masalah lain yang mungkin sedang dialami oleh bayi puan. Bayi perlu membuang air besar Dalam tempoh 24 jam selepas dilahirkan, setiap bayi harus membuang najis mekonium sekurang-kurangnya sekali. Selepas itu pergerakan usus bayi adalah berbeza-beza. Pengambilan susu formula menyebabkan najis bergerak melalui usus pada kadar yang lebih perlahan. Keadaan itu sekali gus menyebabkan si manja biasanya kurang kerap membuang air besar. Sekiranya kalian bimbang si manja tidak membuang air besar dalam tempoh dua hari, bertenang. Tidak berak selama dua hari adalah normal, khususnya jika bayi menyusu badan. Manakala untuk si manja yang diberikan susu formula, ia mungkin disebabkan perubahan dalam formula atau menambah formula dalam pemakanan bayi. Biasanya jika bayi dalam keadaan sihat, tidak berak untuk satu atau d