Perjuangan selesai
Setelah 9 minggu akhirnya Harini buka buku pink Harini jugak keguguran.. menangis sepuas2 nya.. bertikam lidah dengan suami sebab dia tak Dpt dtg hospital.. rasa tekanan jiwa hadap sendiri. Ckp dgn suami dia hutang saya 1 nyawa.
![undefined profile icon](https://static.cdntap.com/parenttown-prod/profile_15637872962857.jpg)
sy pernah terbaca. baby bila ditiupkan ke rahim kita dia akan ditanya berulang kali oleh malaikat betul ke dia nak tgok dunia.dan bersedia kah dia kita sebagai ibubapanya.baby akan diberikan gambaran tentang dunia.baby akan memilih sama ada nak atau tak sebab tu terjadinya keguguran. tapi yg sebetulnya ini kuasa yg berkuasa. semoga kuat mummy. ini bukan kegagalan ini adalah permulaan. sy masa bersalin, suami xblh teman, lepas tu kena tahan lagi 12jam so sekali je suami melawat selepas tu sy suruh xyah dtg. nanti da blh keluar baru dtg jemput. bkn apa sbb syg suami katakan. d hospital suami xblh teman. xkn nak suruh suami duk dekat luar tu sampai blh keluar. xsanggup sy sis. sy elok baring dekat tilam suami duduk dekat lantai serupa pengemis. doakan suami dan sis semoga diberikan rezeki baby selepas ni. jgn pernah merasa gagal apa lagi menyalahkan pasangan atau org lain sbb ini ujian dri yg mahakuasa.
Baca lagi1st pregnancy sye keguguran tanpa husband disisi. masa tu baru balik dri jumpa husband sbb pjj. tambah pulak masa tu pkp. sorg2 la bwk kereta pegi hospital dgn keadaan bleeding and sakit. kena pulak masa tu doctor suspect ectopic tetibe. discharge pon drive sendiri. pantang pon sendiri. tapiii sye xde pulakk rasa nak salah kan husband, ke die hutang nyawa ke ape ke. even sye gugur due to terlalu penat sbb long distance driving balik dri jumpa husband. ngam2 masa tu sampai rumah terus bleeding. sampai husband pulak rasa bersalah. sbb balik dri jumpa dia, sye keguguran. tapii sye anggap je tu xde rezeki lagi. ade rezeki lagi baik akn dtg.
Baca lagibykkan bersabar sis,jgn salahkan sesiapa pun nnti emosi akan tmbh terganggu,mcm saya kawin 2016,3 bulan prtama menikah saya miscarried slps tu sya mngandung lg tpi xda rezeki juga dlm masa 3 tahun kawin saya mengalami 4x miscarriage,saya jdi kemurungan mmg salahkan suami 100% mcm sis ni la tp bila fikir balik kita kena terima apa yg Allah dah rancang utk kita..tak blh nak salahkan suami dia xda salah apa pun, Alhamdulillah selepas 6 tahun Allah kurniakan cahaya mata yg prtama utk kami,skrg ni tgh tnggu minggu nak beranak jerr... cuba bersabar sbyk yg boleh inshaAllah tiba masa nnti rezeki tu ada..
Baca lagiSaya pernah alami juga sis. Memang setiap hari menangis tiba2. Suami memang tak boleh teman di hospital. kena admitted ward tidur sorang2 malam tu kt hospital. Memang sakit rasa. suami nak tak nak, memang kena kerja. sebab tak boleh nak ambil cuti banyak sangat (sebab saya dh bnyk follow up doktor sblom gugur). Insyaallah ada rezeki lain. Nangis lh puas2 asalkan sis lega. Then start new chapter. akan ada rezeki lain. gugur awal kehamilan memang bnde biasa. bkn salah siapa2. kalau tnye doktor pun doktor x bole bg sbb specific knpe gugur. sbb ia bnde biasa. sabar ya sis.
Baca lagiSaya pun baru keguguran 2minggu lepas. Lepas spotting pergi doctor check kandungan xjadi. Esok tu nangis kejap. Then next day dh ok. Tunggu la hari dia nk jatuh sendiri. Hari ke13 jatuh tu saya sorg2 handle kt dlm toilet sbb paham suami xboleh tgk darah2 ni. Sampai satu tahap sakit sgt panggil dia. Tapi kena marah sbb dia baru lena ja. Lps dh gugur saya cuci toilet semua sendiri. Saya malas nk terasa hati ke apa. Sbb nnt diri sendiri yg sakit hati xkn ada sapa paham and nk rawat. ☺️
Baca lagiDugaan juga mcm ni, time sakit2 mcm tu suami boleh tido pula 😭 sedihnya
saya pernah gugur jugak kandungan pertama. saya salahkan suami konon dia punca. sebenarnya tengah emosi sangat.. bukan dia pun punca.. Allah kata belum masa je. takut² kalau baby lahir pun mungkin tak sempurna. anggap je baby tak sihat.. in syaa Allah pasti ada rezeki lagi sis . saya lepas tu asyik mengandung pulak 😅 ni masuk no 5 dah.. jangan sedih² yer.. tenangkan diri.. Allah tak akan uji hambaNya lebih dari kemampuan dia..
Baca lagiknp dia tak dpt dtg? kalau ada sbb munasabah, tak baik sis nak ckp dia hutang nyawa tu. keguguran berlaku bukan sbb suami/sis. takdir Allah & kerosakan genetik sbb tu kandungan tak jadi. lgpun mmg suami tak boleh teman di hospital. suami boleh hantar brg & ambil sis je nanti bila dah checkout.
betul tu.. jgn myalahkan suami atau ssiapa atas apa yg brlaku.. itu mnandakan iman kita.. sgala yg brlaku atas khendak DIA... sama² lah myokong antara satu sama lain.. inShaaAllah muhasabah diri..hati² dgn prkataan kita lg² ketika dlm keadaan emosi..marah n trtekan..
masa tu mungkin sis tengah emosi. faham. masa emosi kita geram, marah, sedih. jadi semua tersembur keluar. tapi sis tak boleh cakap suami hutang satu nyawa. sedangkan Allah pemilik nyawa tu sis. saya tak tahu apa suami sis dah buat. tapi sis je yang tahu. moga sis terima qada dan qadar Allah. moga dipermudahkan urusan sis sekeluarga.
Baca lagi9mggu kecik lg sy da org sis nk brpa mggu je lagi besalin baby mninggal lepas bbrpa jam d lahirkan suami mmg tak dpt masuk sbb subuh redha tak salahkan suami ke apa hadap sndri2 je .. sbb sy kat kampung suami kat uma mak die btugas demi kerja ttc 5 tahun Allah ambik mcm tu je. kerja Allah tak bole nak salahkan sesiapa. sy smpai ada kad gila pun akhirnya pasrah
Baca lagiSaya juga pernah keguguran sbb masa tu tekanan dan emosi. Lepas gaduh dgn suami saya gugur tapi tak pernah salahkan suami atau takdir. Saya redha dan sebulan lps keguguran sy pregnant skali lagi dan alhamdulillah dah nk bersalin dh skrg. Sabar ye sis. Allah adalah pemilik nyawa insyaAllah nanti ada rezeki lg utk sis.
Baca lagi