Missed Miscarriage

Separuh nyawa aku hilang Ya Allah. Beratnya rasa dugaan ni. Sayang mummy, diusia kamu 18w kamu tinggalkan mummy n daddy untuk selamanya. 18/9/19 checkup, jantung kamu dah tak berdegup. Luluh hati mummy, daddy kerja jauh pulak tu dari kita sayang. Mummy kuatkan diri, drive ke hosp berdua dengan nenek. Hosp pun sahkan kamu dah meninggal dalam rahim mummy. Tapi mummy masih harap kamu hidup, mungkin kamu lena rehat. 19/9/19 mummy tengok kamu dengan daddy lagi, nak tengok kot kamu dah bangun. Tapi kamu lena selamanya sayang. Mummy cuba redha, sabar. Tapi mummy belum sekuat itu untuk terima takdir. Kamu laa anak syurga Akhtar (yang terpilih). Saham mummy dan daddy ke syurga Insha Allah. Maafkan mummy, tak berikan yang terbaik semasa kamu berada dalam rahim mummy. AllahhuAkhbar ?

56 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

sabar ye. kuatkan semangat. sy pernah rasa. mmg seperti dunia ni gelap seketika. tp alhamdulillah sekarang Allah beri kesempatan untuk merasa nikmat mengandung yg lain dr sebelum ni. tapi sy tak dpt nk bendung air mata setiap kali sy teringat. semoga rezeki yg Allah titipkan buat kami kali ni membantu sy utk lebih redha dengan apa yg berlaku.

Baca lagi