Privacy PolicyCommunity GuidelinesSitemap HTML
Download our free app
Motherhood ?
susu materna
Hii momiess. Ada tak yang minum susu anmum materna yang chocolate flavor tu. Okay tak? Momies prefer susu jenama apa ek.
Sakitnya Induce
Dalam family, sedara mara takda pengalaman baby meninggal dalam kandungan. So takda pengalaman pun. 22/9/19 admit hosp, tapi dr just scan dulu untuk double confirm. 23/9/19 baru induce cervagem at 7am. Kena tunggu 3jam untuk pemantauan. Setiap after 3h, masuk lagi ubat. Kot rasa contraction nak bersalin tu. First induce tu, rasa sakit laa jugak sebab dr cari jalan untuk masukkan ubat. Tapi after 3h, still takda rasa pape. At 10am, induce for 2nd cervagem. Masa ni ya Allah, Allah saje yang tahu sakitnya tu macam mana. Sumpah sakit! Trauma rasanya. Tapi kena kuatkan diri, beranikan diri. Tunggu lagi 3h, untuk masukkan 3rd cervagem. Sampailah kena masukkan cervagem yang ke 5. Sebab max kena 5supp. Then discharge, tunggu 1/10/19 untuk warded balik ? Ni kat rumah, masih takda tanda contraction pun. Ya Allah permudahkanlah urusanku ya Allah. Aku dah redha yang anak aku kandungkan ni anak syurga ? Aku takut dengan kesakitan tu.
Induce
Kat sini ada tak yang missed miscarriage, tapi normal deliver with induce. Korang berapa kali induce baru baby keluar n ada tips tak supaya baby senang keluar? Thanks for sharing ?
Missed Miscarriage
Separuh nyawa aku hilang Ya Allah. Beratnya rasa dugaan ni. Sayang mummy, diusia kamu 18w kamu tinggalkan mummy n daddy untuk selamanya. 18/9/19 checkup, jantung kamu dah tak berdegup. Luluh hati mummy, daddy kerja jauh pulak tu dari kita sayang. Mummy kuatkan diri, drive ke hosp berdua dengan nenek. Hosp pun sahkan kamu dah meninggal dalam rahim mummy. Tapi mummy masih harap kamu hidup, mungkin kamu lena rehat. 19/9/19 mummy tengok kamu dengan daddy lagi, nak tengok kot kamu dah bangun. Tapi kamu lena selamanya sayang. Mummy cuba redha, sabar. Tapi mummy belum sekuat itu untuk terima takdir. Kamu laa anak syurga Akhtar (yang terpilih). Saham mummy dan daddy ke syurga Insha Allah. Maafkan mummy, tak berikan yang terbaik semasa kamu berada dalam rahim mummy. AllahhuAkhbar ?
18w
Checkup bulanan kat KK harini, scan jantung baby takda degup. Dah minggu ke 18, dr cakap twin tapi satu dah tak jadi, yang tinggal ni pun bermasalah. AllahuAkbar. Petang Refer hosp pun sama ? dr diagnosed miscarriage. Tapi langsung takda sakit perut / bleeding. Dr bagi choice untuk masukkan ubat harini / next week. Ahad ni masuk ubat untuk normal deliver. Berdoa sangat ada harapan lagi. Ya Allah izinkan aku merasai nikmat memiliki zuriat ya Allah ? Down nya rasa...
Bad dream
Hii momies ? Korang time preggy ni pernah tak mimpi yang korang miscarriage?