Tips TTC dari saya. Semoga berkesan in shaa Allah ♥️

Sepanjang TTC, apa yg saya amalkan ialah. - 41 Alfatihah selepas maghrib. - Surah maryam ayat 1-15 setiap kali selepas solat. - Acid folic. Saya ambil sebelum makan. - Setiap hari makan kurma. Bilangan ganjil. 3,5 biji. - Minta doa dari ibu. - Saya google dan baca semua doa mohon zuriat. - Saya tambah potongan ayat alQuran di tahiyat akhir saya. Iaitu surah Saad ayat 54 إِنَّ هَٰذَا لَرِزۡقُنَا مَا لَهُۥ مِن نَّفَادٍ Sesungguhnya inilah rezeki KAMI kepada kamu yg tidak habis habisnya. Berhenti sekejap. Lepastu sambung potongan ayat Surah Ali-Imran ayat 36 رَبِّ هَبۡ لِي مِن لَّدُنكَ ذُرِّيَّةٗ طَيِّبَةًۖ إِنَّكَ سَمِيعُ ٱلدُّعَآءِ Kurniakanlah kepadaku dari sisiMu zuriat keturunan yg baik. Sesungguhnya, Engkau maha menerima(mendengar). Baca bahasa arab je tau. Lepastu bagi salam. Masa doa semua semua tu, tambah “ya Allah, aku bersedia untuk menjadi ibu, aku bersedia untuk merasa sakit dari awal kehamilan hingga bersalin. Aku bersedia ya Allah. Aku bersedia.” Baru lah baca surah maryam. Pastu cari la ayat2 lain utk mohon zuriat. Lepastu macam biasa la amalkan lepas bersama tu angkat kaki apa semua. Ada yg sujud 10-15minit. Ikut keselesaan masing2. Saya, dedua saya buat 😂. Nak sangat punya pasal. Tapi Allahu, masa pregnant ni, Allah uji dgn rezeki yg tak berapa. Risau baby lahir nnt susah 🥲. Semoga Allah kurniakan semua org rezeki yg mereka inginkan. Zuriat juga rezeki. Apa saja. Aminn. in shaa Allah. Semoga siapa saja yg amalkan, dapat rezeki. Kalau dah cuba, dan positive, boleh share dgn saya ya ♥️🥰 #bantusharing #ingintahu #advicepls #pleasehelp #firstbaby #TTC

Soalan berkaitan

Soalan popular

Artikel Berkaitan