SURAH UNTUK DIBACA KETIKA MENGANDUNG

1. Surah Al-Fatihah Untuk menerangkan hati dan menguatkan daya ingatan. Untuk makna keseluruhan Surah Al-Fatihah ini, boleh rujuk Wikipedia. 2. Surah Maryam Untuk memudahkan ibu bersalin dan memperolehi anak yang sabar dan taat. 3. Surah At-Taubah Untuk membersihkan jiwa dan memelihara daripada maksiat. 4. Surah Yusuf Agar anak yang dilahirkan cantik rupa dan cantik akhlaknya. 5. Surah Al-Fatihah, 3 Qul Iaitu Surah Al-Ikhlas, An-Nas dan Al-Falaq, Ayat Kursi Bacakan kepada kandungan setiap malam sebelum tidur agar kandungan dilindungi. 6. Surah Yaasin Untuk ketenangan jiwa dan semoga anak tak mudah terpengaruh dengan godaan syaitan yang mengajak kepada maksiat. 7. Surah Al-Hujurat Sebagai doa untuk memperbanyakkan susu ibu dan anak bersifat berhati-hati. 8. Surah Luqman Agar memperolehi anak yang cerdik akal dan terang hati. 9. Surah Al-Nahl (Ayat 78) Agar anak yang dilahirkan bersikap rajin dan berdisiplin. 10. Surah Al-Imran (Ayat 38) Doa agar mendapat zuriat yang soleh dan solehah. 11. Surah Al-Imran (Ayat 8-9) Doa memohon rahmat. 12. Surah Al-Imran (Ayat 192-194) Doa memohon keampunan Allah. 13. Surah Ibrahim (Ayat 40-41) Doa agar anak tetap mengerjakan solat. 14. Surah Al-Baqarah (Ayat 128) Doa agar anak patuh kepada perintah Allah. 15. Surah Al-Furqan (Ayat 74) Doa agar diberikan zuriat yang menyenangkan hati.

1 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

Good sharing ibu 🫶🏻