DR IMELDA BALCHIN. " Obstetrics Cholestasis"

Seorang ibu hamil berjumpa saya di klinik, kerana beliau ada kegatalan badan. Bila dia tanya orang lain, mereka kata kegatalan semasa hamil itu biasa lah. Tetapi bila beliau mengadu kepada saya, saya ambil berat. Saya tanya, saya lihat, dan saya periksa, dimanakah kegatalannya. Saya tanya bila kegatalan bermula. Saya tanya dimanakah tempat pertama kegatalan bermula. Saya lihat beliau sudah trimester ketiga, saya tanya, adakah kegatalan ini bermula dari tapak tangan dan tapak kaki? Jawapannya ya. Saya terus buat ujian darah enzyme hati dan bile acids. Memang ini tinggi. Setelah saya memberi rawatan untuk menurunkan bile acids yang tinggi dalam darahnya, kegatalannya terus hilang. Inilah Obstetrics Cholestasis. Ini ialah masalah fungsi hati yang disebabkan oleh hormon kehamilan, yang boleh berlaku kepada 7 hingga 15 orang dalam 1000 ibu hamil. Jika di biarkan tanpa pantauan boleh memudaratkan bayi dalam kandungan. Tak boleh diremeh-temehkan masalah ini. Saya beri ibu ini rawatan menurunkan bile acids yang tinggi dalam darah, dos ubat ini diberikan mengikut berat badan ibu, dan saya pantau ibu ini setiap minggu sehingga kandungannya matang. Jika anda hamil pada trimester ketiga (28 minggu ke atas) dan ada kegatalan badan yang bermula dari tapak tangan dan tapak kaki, atau kegatalan yang paling teruk di bahagian tapak tangan dan tapak kaki, sila berjumpa dengan doktor di klinik, dan tanya, “Doktor, saya ada kegatalan badan. Adakah saya ada Obstetrics Cholestasis” supaya doktor anda akan memberi anda lebih perhatian. Jangan tanya orang lain dan jangan tanya di media sosial.

1 Balas
 profile icon
Tulis jawapan
VIP Member

Terima kasih info ini Dr.