Kelas tambahan untuk anak 4tahun

Hi semua..sy ibu kpd seorang anak lelaki 3tahun. Sekarang anak sy enjoy half day play school, takda masalah pergi sekolah, his friends and teachers okay. Bagi sy, perkembangan dia OK, no bahasa alien. Boleh cakap dengan jelas apa yg dia nak, interaksi yg baik, boleh cakap dual language dalam sesetengah perkara, happy-go-lucky, sangat2 kurang tantrum tapi still ada at certain times..now that dia dah nak masuk 4tahun, sy terfikir nak hantar dia ke kelas mengaji quran and kelas 3M (mengira, menulis, membaca). Kelas on weekend, antaranya sebabnya ialah sy nk train untuk stay focus bila belajar. Di rumah, dia hanya nak belajar sekejap je lepastu nak main..Kelas tambahan ini on weekend intensif dan lebih 1-1 dengan guru berbanding di play school (next year akan upgrade to pre school). So, mommies daddies ada pendapat atau pengalaman sama? Adakah terlalu berat untuk dia yg baru nak masuk 4tahun? Dia dah banyak play at school...maybe?

1 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

Hye sis Maaf saya just nak share pengalaman saya sendiri Mungkin panjang Maaf yaa Saya ada 2 orang anak 2 2 saya hantar play school Yang sulung baru masuk tahun 1 bulan 3 yang lepas Yang second umur 5 tahun still di play school Yang sulung stay di play school until she early 7yo… Sekolah tu memang pure play school.. Sebabnya saya nak anak2 lebih kepada EQ dulu.. sebab eq ni akan kekal dalam diri kita sampai bila2… eq ni kalau dah besar nanti susah anak2 nak terima… IQ ni sapa2 dimana ja pon kalau belajar insyaAllh boleh… Saya tak pernah hantar extra untuk anak saya Samada untuk preparation masuk sekolah rendah ka apa takda hantar.. Saya just hantar kelas mengaji saja itupon baca2 terus balik… Ramai jugak yang tanya tak hantar extra kelas ke untuk belajar baca tulis kira apa semua tuu… Takut nanti masuk tahun 1 duduk kelas last, sebab ada ujian penilaian kan sekarang… Pada fahaman saya sendiri memang umur anak2 sampai 6tahun ni memang waktu bermain dorang… Dalam islam pon ada sebut macam tuu… Tapi bukan la takda belajar langsung Saya ada ajar anak dirumah, 5-10 minit tu dah cukup pda saya janji anak ada tunjuk minat nak belajar Untuk bab membaca saya dan suami banyakkan guna phonics, storytelling , bedtime stories, and story scramble lebih kepada writing… bab counting ni saya rasa anak2 belajar hari2… Alhamdulillah anak sulung saya dapat masuk kelas pertama walaupun masa ujian penilaian tu dia baca merangkak2, tulisan pon tak cantik… Dalam masa sebulan lepas masuk tahun 1, dia boleh baca lancar, tulis dengan baik dan kemas… Anak saya lebih kepada english, tapi bila masuk tahun 1 ni dia banyak belajar bahasa melayu… so dia excited nak belajar sebab benda baru pada dia… Bab attitude ni saya amat2 appreciate cikgu2 di play school dia dulu… Dia tak nangis masa 1st day of school, saya hantar anak kat pagar sekolah saja, dia boleh tolong pujuk kawan2 yang nangis, boleh tolong belikan kawan2 makanan di kantin.. jadual waktu hari2 dia susun sendiri, buat homework sendiri, kecuali dia tak paham baru dia tanya. Pada saya itu pencapaian yang baik la untuk anak saya yang baru umur 7tahun… Saya cuma hantar extra outdoor activities such as swimming class, taekwondo class, badminton class… semua ni weekend.. sebabnya untuk kurangkan separation anxiety pada anak… untuk dia belajar bergaul dengan orang sekeliling… dalam masa sama untuk fitness anak laa… Bab belajar ni saya rasa tak perlu paksa… anak2 semua boleh belajar, anak2 sekarang cepat belajar, anak2 sekarang bijak2… sebab banyak sumber untuk belajar zaman sekarang ni… Ni pengalaman saya sendiri laa… Bergantung pada sis… Sebab situasi kita tak sama Pandangan dan pendapat manusia pon tak sama… Even family saya sendiri pon macam takleh terima cara saya ni sebab dah terbiasa umur 4tahun kena g sekolah kena pandai baca tulis kira semua tuu Ada ja yang bandingkan anak saya dengan anak2 buah yang lain ada ja anak buah saya yang umur 4tahun dah pandai baca lancar. Pada saya itu tak penting .umur berapa pon kalau belajar boleh jadi pandai… Bila kawan2 tanya bab ni pada saya, bila saya cerita semua pkat jauh diri dari saya… seolah2 saya buat silap besar seolah2 saya tukar hukum alam… Tapi saya tak kisah… saya okay ja saya happy anak2 saya happy Kalau saya paksa anak nak anak pandai takut terjebak nak bersaing dengan orang lain tapi mangsanya anak saya sendiri… Itu yang saya nak elakkan sebenarnya… Maaf sis panjang cerita Harap dapat membantu sikit Good luck sis

Baca lagi
5mo ago

Amiinnn Thanks a lot Just nak share Untuk extra activities tu kita boleh hantar kelas mana kita nak ank try sebab selalunya dorang bagi masa 2 3 kali kelas tengok anak berminat atau tak serasi ka tak… Macam anak saya dia yang mintak nak buat semua activities tu sebab hantar dia… Cuma saya elakkan kelas private sebab sebelum ni swimming class ambik yang 1-1 pastu dia terlalu selesa then dia tak bercampur dengan orang lain, tak make new friends So saya n suami decide tukar kelab tukar tempat tukar coach then tukar ambik grouping Alhamdulillah sekarang dia lebih friendly tak takut sangat bila orang approach dia… Semua ni nak taknak kena buat jugak untuk anak sebab zaman dah berubah Kena ikut peredaran zaman