6 Balas

Hi doktor. Saya ada beberapa soalan di bawah, appreciate if doctor can help to shed some light: 1. Saya ada pengalaman spotting dan makan duphaston pada trimester pertama masa mengandung anak pertama. Sekiranya saya mengandung lagi, adakah saya patut jumpa doktor utk terus ambil duphaston walaupun belum mula spotting? Setahu saya, wanita yang mengandung melalui IVF juga terus ambil ubat kuatkan rahim. 2. Orang2 tua di rumah kata spotting disebabkan makan atau minum air sejuk atau cooling food/drink macam tembikai, air kelapa. Does this have a basis atau mitos sahaja? 3. Saya pernah dpt cucukan pada punggung masa spotting. Is it beneficial to take both injection and oral duphaston? Or taking the injection is just adding excessive hormone and pointless? Or just taking either will do? 4. Sekiranya spotting saya telah henti, bolehkah saya bersama suami? Atau tunggu sebulan selepas spotting? Atau memang tidak digalakkan sampai due? Selepas spotting utk 3 minggu masa trimester pertama, saya tidak bersama suami (no penetration) sampai hampir due. Terima kasih doktor!

Hi Pn. 1. Ia bergantung kepada sebab spotting. Ada subchorionic hematoma / PCOS / induced pregnancy. Most clinician might give in the following pregnancy as a precaution tapi tak semestinya bagi for every pregnancy. It all depends on apa indikasi duphaston. 2. Mitos 3. Again, depends on indikasi. Sometimes kita kena bagi sebab dusphastin sahaja ( content progesterone ) tak mencukupi. 4. Advised to avoid sexual intercourse in the 1st trimester if it’s threatened miscarriage. However, kalau ada faktor risiko lain seperti placenta bawah , pernah ada early preterm labour etc, then need to avoid. Kalau tak ada faktor risiko lain, selepas 13 minggu should be ok. Kena discuss dengan pakar.

Hi Doctor.. 1) Soalan pertama saya adalah, adakah sekiranya discharge berwarna keperang-perangan / light tan/ light brown adalah salah satu jenis bleeding di dalam first trimester? Ianya bukan lah warna brown pekat atau redish, so saya sering keliru sama ada saya tengah bleeding/ spotting atau tidak. Tiada symptoms lain selain discharge tersebut dan iannya on off. Perlukah saya pergi ke hospital berkenaan hal ini atau just monitor di rumah? 2) Soalan kedua adalah, spotting dikatakan sering berlaku di awal pregnancy, namun brp banyak amaun spotting yang menunjukkan tanda kita perlu untuk terus refer ke doctor? Terima kasih doctor…

Hi Pn. 1. Sebaik2nya, sila rujuk Dr pakar supaya boleh tentukan samada ia jangkitan kuman atau spotting. 2. Kebiasaannya, spotting sikit sahaja semasa implantation. Tetapi, ape2 pendarahan - tak kira amount, harus rujuk Pakar untuk memastikan kandungan adalah dalam rahim dan boleh kenal pasti samada ia hanya implantation bleeding atau masalah lain.

Haii doktor.. saya skrg preg 16weeks dan kerap mengalami spoting reddish n brownish... saya ada pergi check d klinik swasta,doktor scan jantung n pergerakan baby semua ok,tapi doktor ada minta saya cari ubat vagina progesteron dgn im hipogrin sbb d klinik tu xdk ubat tersebut.. tapi saya cari d beberapa farmasi n klinik2 lain pun xdk ubat tersebut.. adakah saya perlu cari lagi ubt tu d hospital atau boleh doktor suggestkan ubat @ tips utk hentikan bleeding ni... sebab saya start bleeding dari 13weeks on off smpai la skrg.. terima kasih doktor

Hi Pn. First kena ada diagnosa kenapa ada bleeding. Uterogestan dan ubat cucuk ada di hospital. Saya perlu assess dulu untuk tahu sebab bleeding sebelum boleh bagi apa2 nasihat.

hi Dr. sy ingin bertanya, adakah betul mitos bahawa naik dan turun tangga yang agak tinggi , bukan pada masa yang kerap, maksudnya pagi turun tangga untuk ke tempat kerja dan petang naik tangga untuk ke ofis dan tapak tempat letak kenderaan, mitos bahawa naik turun tangga akan mengganggu janin dalam rahim, dan boleh juga menyebabkan pendarahan? mohon penjelasan Dr.

Typo- gaya hidup sihat

Hi doctor , period saya datang pada 3minggu lepas , tetapi baru-baru ni test UPT saya positive , dan doctor scan kantung saya dalam 6minggu , jadi itu memang period atau bleeding ? Terima kasih

Looks like itu bleeding sebab dah pregnant 6 minggu.

TapFluencer

Hai Dr, Jika berlaku sedikit pendarahan seperti spotting pada awal kehamilan tetapi sekali/dua. Adakah perlu untuk berjumpa dengan doktor? Untuk check up. Terima kasih.

Hi Pn. Sebaik2nya kalau ada spotting, pls jumpa Dr. Sering kali ibu2 assume takde apa2 tapi selepas diperiksa, ada yang kandungan luar rahim/ keguguran dsb. Jadi saya selalu nasihatkan supaya jumpa Dr untuk kepastian.

Soalan berkaitan

Soalan popular

Artikel Berkaitan