First time buka buku pink

Hi semua saya nak tanya kalau buka buku pink dekat KK atau swasta mana lagi okay ya? Sebab saya ada tengok review KK nearby ni macam tak memuaskan so saya risau patut ke buka buku pink dekat swasta je? Kalau ikut suami saya dia suruh buat dekat swasta je tapi saya takut kalau buat dekat swasta tak semua GH terima untuk deliver nanti. Since ni first pregnancy saya tak berani nak deliver dekat private lagi takut ada masalah ke apa yang memerlukan pakar dari GH. #advice #firstmom #bantujawab #8weeks

15 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

buka buku pink di klinik swasta okey kalau banyak duit dan nak jimatkan masa menunggu. nanti nak bersalin di GH pun boleh,tiada masalah. asalkan maklumat checkup bulanan lengkap dlm buku pink,Dr ok ja. tp jika bersalin nanti tiada lawatan nurse ke rumah. klinik area sy ni nurse akan dtg buat lawatan sebaik sahaja patient balik ke rumah selepas bersalin. pemeriksaan luka jahitan,keadaan rahim,baby dan sebagainya akan dilakukan sehingga hari ke 20. tp yg ni jika ibu buka buku pink di klinik kerajaan.

Baca lagi
1y ago

Eh takdalah.. Sy checkup dan bersalin semua di swasta, lepas bersalin terus husband inform kt KK berdekatan rumah.. Diaorg dtg melawat di rumah mcm biasa... Yg pasti, lepas bersalin kena terus inform kt KK, tak boleh tangguh2