First time buka buku pink
Hi semua saya nak tanya kalau buka buku pink dekat KK atau swasta mana lagi okay ya? Sebab saya ada tengok review KK nearby ni macam tak memuaskan so saya risau patut ke buka buku pink dekat swasta je? Kalau ikut suami saya dia suruh buat dekat swasta je tapi saya takut kalau buat dekat swasta tak semua GH terima untuk deliver nanti. Since ni first pregnancy saya tak berani nak deliver dekat private lagi takut ada masalah ke apa yang memerlukan pakar dari GH. #advice #firstmom #bantujawab #8weeks
Apabila pertama kali ingin memilih sama ada untuk buka buku pink di KK atau di swasta, terdapat beberapa perkara yang perlu dipertimbangkan. Di pusat kesihatan kerajaan (KK), kos rawatan biasanya lebih rendah dan terdapat pakar yang berpengalaman dalam membantu kehamilan. Walau bagaimanapun, di swasta, anda mungkin mendapat kelebihan seperti perkhidmatan yang lebih peribadi dan kemudahan yang lebih baik. Tips untuk membantu anda membuat keputusan: 1. Tanyakan pada keluarga dan rakan yang pernah mengalami pengalaman di KK atau swasta untuk mendapatkan pandangan mereka. 2. Buat tinjauan tentang hospital swasta yang anda pertimbangkan, pastikan hospital tersebut mempunyai fasiliti yang baik dan pakar-pakar berpengalaman. 3. Berbincang dengan suami anda dan beri tumpuan kepada keperluan kesihatan anda serta kebebasan dalam membuat keputusan. 4. Jika anda memilih swasta, pastikan anda mendapatkan doktor pakar yang boleh membuat rujukan jika ada keperluan mendesak yang memerlukan pakar dari hospital kerajaan. 5. Jangan ragu untuk bertanya kepada doktor anda tentang sebarang kebimbangan dan keperluan anda pada masa depan. Sebagai ibu yang sedang mengandung untuk kali pertama, adalah penting untuk merasa selesa dengan pilihan anda dan yakin dengan penjagaan yang akan anda terima. Semoga kehamilan anda berjalan dengan lancar dan gembira. Selamat menjalani pengalaman keibuan yang indah! #firstmom #bantujawab #8weeks https://invl.io/cll7hzz
Baca lagiEmm saya buka buku pink di KK dan ada buat checkup di klinik swasta beberapa kali.. Lebih kurang je sis. KK free. Klinik swasta kena bayar. Checkup swasta saya bayar lebih kurang RM100. Tak termasuk ubat. Klinik swasta mmg akan scan untuk tengok kandungan, KK scan bila perlu je. Saya banyak scan di swasta. Situ je saya boleh monitor macam-macam. Checkup di klinik swasta lebih selesa, KK agak sesak. Masuk klinik swasta hanya tunggu dalam 5-10 minit dah boleh masuk jumpa doktor, selesai dalam masa sejam. Kalau KK, saya checkup pukul 2:30 kadang-kadang sampai klinik tutup baru pulang. Nak kata KK lebih detail.....saya rasa sama detailed je haha sebab checkup pun dia ikut buku pink KK jugak kalau buka buku pink kat KK.
Baca lagibuka buku pink di klinik swasta okey kalau banyak duit dan nak jimatkan masa menunggu. nanti nak bersalin di GH pun boleh,tiada masalah. asalkan maklumat checkup bulanan lengkap dlm buku pink,Dr ok ja. tp jika bersalin nanti tiada lawatan nurse ke rumah. klinik area sy ni nurse akan dtg buat lawatan sebaik sahaja patient balik ke rumah selepas bersalin. pemeriksaan luka jahitan,keadaan rahim,baby dan sebagainya akan dilakukan sehingga hari ke 20. tp yg ni jika ibu buka buku pink di klinik kerajaan.
Baca lagiSiapa kata kalau buka swasta GH tak terima? GH tu hospital kerajaan. Dia tak boleh tolak patient. Kalau pergi emergency nk terberanak takde buku pink pun dia kena terima, kalau tak kita boleh wat aduan ye sbb saya ni jaga sispaa/bpa kt jabatan kerajaan. Malah certain swasta yg incomplete facilities pun akan tolak GH kalau ada complications yg teruk2. Takde issue pun buka buku pink kt swasta bersalin GH in fact ramai je yg buat
Baca lagiSwasta. Sy 100% semua dgn swasta. Layanan best, boleh pilih timing kita sendiri, boleh ikut timing suami, tak menyusahkan time suami kerja, tak perlu pergi check up sorang2, suami boleh sama2 tgk growth baby, doctor pun layan dgn sgt baik, doctor yg kita nak bersalin nanti pun dah kenal kita, dah tahu health condition kita, MA pun layan kita dgn baik, sweet, takde yg berani nak layan kita lebih kurang, everyone is just nice and the environment are cozy and comfortable.
Baca lagiSbnrnya bukak dekat KK bagus sbb boleh refer pakar terus kalau mommy & baby ada masalah. Kebnyakkan org yg sya kenal buka dkat swasta tp last2 beranak jugak dekat GH, sbb ada masalah. Kalau mommy dkat swasta, DR sna mmg akan sruh refer GH jugak kalau ada masalah. jadi boleh je kalau bukak buku pink dkat swasta tapi beranak dekat GH. cuma kalau awal2 buka buku dekat KK lagi senang, awal2 lagi dorang dh monitor , nanti nak beranak senang DR refer buku pink.
Baca lagiTpi kalau sis tak nak tggu lama2 and nak layanan yg baik boleh je bukak dkat swasta cuma mahal . Kalau ada panel company tu boleh je pgi. company byarkan haha. suami sya ada tp kmi prefer bukak dekat KK je sbb first baby. dekat sini tak bnyk org, sbb Klinik ibu dan anak bukak ikut area perumahan. Nurse , Dr pun baik2. Alhamdulillah 🤲🏻
semua sme2 bgus kk atau swasta.. beza nye kk lmbt sikit la, lme nk tggu, ade masa2 tertentu awak kne peg.. klu swasta nie ble2 mse pun bley, mlm ke siang ke cuma hrga mahal la dr kk.. personally, sye prefer kk sbb snang klu ade yg x ok, trus refer pakar je.. snang dr kk nak refer pakar gov.. nie pendapat sye la..
Baca lagiMacam saya pergi dua2, tapi sebab saya tak bekerja so saya ada banyak masa. Saya pun dengar macam tu, GH tak terima kalau takde buku pink dari KK so that's why saya pergi dua2 just incase ada emergency, tapi saya check private tu dekat Hospital swasta yg saya bersalin, buka klinik private luar.
Saya checkup swasta bersalin gov. Okay je nak checkup mana2 ikut keselesaan bajet dan preference sendiri. Checkup gov jimat duit tapi lama tunggu. Checkup swasta mahal sikit tapi takde tunggu lama2, schedule boleh ikut timing sendiri. Mana2 yang sis sendiri selesa😊
selalu berapa kos dalam sebulan kalau ke Klink swasta ye ?
Kk better sis. Sgt detail dan senang nk trace ape2 mslh. Swasta cek sikit dah byr mhl tp kalau mmpu xde mslh. Sy check up dkt kk tp semua scan buat dkt swasta. Bab scan swasta win. Sy buat dkt sonobee servis plg bgus dan murah
Mum of 2 superhero junior