Risau tentang tiada degupan baby
Hi semua, saya first time preggy dan banyak benda saya x tahu. Jadi setakat ni ada 1 perkara yang merisaukan saya, saya risau kalau scan lg sekali tiba2 baby x de degupan jantung. Scan2 yang sebelum ni okay. Kantung okay, baby pun nampak cuma samar2 masa tu. Lepastu awal dulu breast saya sakit sangat2, x lama tu ada rasa mual2, tp sekarang mual2 dah kurang, breast pun dah kurang sakit. Perut x de cramp dah okay je. X pernah bleeding. Orang kata setiap ibu mengandung ni simptom lain2, ikut badan masing2. Should i feel risau or x perlu? Boleh ibu2 lain share dan bg saya semangat yang positif x? Tq🩷





Preggers