salam mommies

hi semua, nak tanya… macam saya ni kurang selera makan, makan je muntah . sampai saya takde tenaga tak makan, and kadang pagi langsung tak makan, masuk lunch pun makan buah sikit tu pun dekat petang, bahaya dekat kandungan tak?

5 Balas
 profile icon
Tulis jawapan

Makan kerap tp sikit, biasa nurse ada ajar mcm mne pengambilan makanan setiap dua jam sekali. Minimum kena makan 6x sehari. Pagi ambil breakfast, kul 10 minum susu n buah ke, kul 12 makan nasi, kul 2 makan la biskut, kul 4 makan lagi… mcm tu la kitarannya. Makan apa yg awak boleh, tkleh makan nasi boleh makan bihun, mee, jus buah . makan la yg bernutrisi sikit untuk kandungan n awak. Sy masuk 14minggu ni tkleh telan banyak maknanan da, sy makan nasi kukus ayam Berempah je ari ari 🥹 sbb tu je boleh telan. Dulu semua boleh makan pda awal kehamilan , tomyum , apa apa boleh makan walaupun ada alahan juga. yg skrg sy makan kering kering je means tkde sup or kuah. Sayur pon try yg stim je .

Baca lagi

cari ubat nama( veloxin) dekat farmasi, ubat tahan muntah saya makan tu berapa kali je terus hilang rasa mual2, elakkan makan benda pedas masam dan juga berminyak sbb semua tu akan buat kita rasa lagi nak muntah

Sama dengan saya. Saya tak selera makan, muntah2. Makan nasi pun sekali je. Tu pun sikit sangat. Tadi check up, dokter risau berat badan turun 1kg dalam tempoh 1 bulan. Stress rasanya 😥

TapFluencer

bila xmkn, perut masuk angin. bila masuk angin mmg xde selera makan. dh cuba semua option mknan selain nasi?.

9mo ago

kena paksa makan. itu sahaja cara dia. klu xmkn mmg bdn jd lemah...semua serba xkena. siapkan apa2 kudapan kt rumah..biskut kering or kacang2. buah2 sentiasa top up. klu awk dehydrated lg byk masalah nanti.

Kalo berat pon drop memang bahaya sis…tolong la makan wpon sikit ye 🥺 kekacang ke, buah2 ke…