Berdebar-debar
Hi semua.. Hari ni usia kandungan sy 39 minggu 5 hari.. Tak ada tanda2 nak bersalin lagi.. Minggu lepas sy pergi KK, misi cakap kepala baby tak turun lagi.. Tapi kadang2 sy rasa kepala baby tekan2 pundi kencing dan menyebabkan sy rasa nak terkencing. Lepas tu, skrg ni dah mula rasa kelengkang sakit sangt2, terutama bila berjalan dan bangun dari katil.. Rasa macam dah tak larat nak pergi kerja. Siapa ada pengalaman macam ni? Ada apa2 nasihat utk sy utk kurangkan sakit ni?